Web Menarik

Thursday, November 10, 2011

PANDUAN REFLEKSI MENGHADIRI SEMINAR SISWAZAH

TUGASAN PENULISAN AKADEMIK 2
(REFLEKSI MENGHADIRI SEMINAR SISWAZAH)



NAMA PELAJAR : MOHAMMAD SHIHAM BIN MAHFUZ
NO.MATRIK : P45653
JABATAN : SARJANA PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN BAHASA ARAB)
TUGASAN : INDIVIDU
KOD KURSUS : GB 6022 PENULISAN AKADEMIK



Arahan: Pelajar diwajibkan menghadiri satu seminar siswazah Fakulti Pendidikan dan melaporkan kehadirannya dalam buku kedatangan. Pelajar akan menulis refleksi tentang satu kajian yang dibentangkan dalam seminar tersebut.



Hari : Sabtu

Tarikh : 3 OKTOBER 2009

Pengerusi : USTAZ KAMARULZAMAN BIN ABD GHANI

Tajuk Seminar : PEMBANGUNAN BEBERAPA NILAI-NILAI SOSIAL UNTUK PELAJAR-PELAJAR BAGI PERINGKAT PERTAMA DIMASRATAH LIBYA



Pembentang : ABDUL AZIZ BIN ABU BAKAR

Penyelia : USTAZ KAMARULZAMAN BIN ABD GHANI.

Program : MASTER (TESIS)

Tahap Pembentangan : Kemajuan











Laporan Seminar



Pada 3 OKTOBER 2009, penulis telah menghadiri Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan bertempat di bilik Gerak Minda 18 untuk mendengar dan mengikuti satu seminar yang bertajuk ‘PEMBANGUNAN BEBERAPA NILAI-NILAI SOSIAL UNTUK PELAJAR-PELAJAR BAGI PERINGKAT PERTAMA DIMASRATAH LIBYA telah dibentangkan oleh saudara Abdul Aziz Abau Bakar. Slot ini dipengerusikan oleh Ustaz Kamarulzaman dan dihadiri oleh penulis dan beberapa orang Arab .



Seminar yang dibentangkan oleh saudara Abdul Aziz telah bermula pada jam 12.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00.petang . Tajuk yang dibentangkan oleh beliau telah memberi input yang berguna kepada saya untuk sebagai pelajar master.



Laporan Mengenai Kekuatan dan Kelemahan



Setelah mendengar seminar tersebut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pembentang telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam penyelidikannya. Melalui penyelidikan kuatitatif, pembentang telah menggunakan teknik persampelan berstarta memandangkan populasi kajian bertaburan di merata dalam daerah Masratah di negara Libya. Manakala melalui penyelidikan kualitatif pula, pembentang telah menggunakan kaedah temu bual,kaedah tinjauan dan menganalisis kandungan bagi mendapatkan maklumat daripada guru yang terlibat 174 orang dan peratusnya 6.5 % hanya 67 guru yang telah dipilih di Masratah Libya. Data kuantitatif ini kemudian dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan peratusan, dan Min. Ujian Man dan Whitney juga Croskal diguna opeh pembentang dalam menganalisis data. Alpha Crombach digunakan untuk kesahan Data yang dipungut.





Dalam kajian ini, pembentang telah memilih instrumen kajian yang terdiri daripada tiga bentuk iaitu soal selidik, temubual bersemuka dan analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat. Melalui soal selidik dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu soal selidik untuk Guru Di sekolah Masratah Libya. Melalui keadah temubual bersemuka, pembentang telah menebual guru-guru di Masratah bagi mengetahui maklumat sebab-sebab berlakunya penyebaran Negatif dikalangan pelajar (kategori sekolah rendah) di Masratah.

Pembentang telah membahagi tiga masalah pelajar sekolah rendah di masratah iaitu Tabiat agresif, berbohong, menipu . Rawatan pemulihan dan cara menyekat masalah ini berlaku. Seterusnya untuk mengetahui keesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, pembentang telah menggunakan Alpha Cronbach untuk menguji kekonsistenan dalaman terhadap item-item yang dibina. Dalam kajian penyelidikan, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian adalah penting untuk mengukur pembolehubah dalam sesuatu kajian. Selain itu juga, pembentang telah menggunakan rujukkan yang sesuai bagi mengukuhkan hujah dan pandangannya.



Dari segi kelemahan kajian, saya melihat bahawa kajian ini tidak terdapat kelemehan yang ketara kerana pembentang telah menggunkan kaedah metodologi yang sesuai dalam kajiannya. Dari segi bahasa, saya berpendapat pembentang telah menngunakan bahasa yang mudah difahami dan terdapat juga lughat libya yang kurang di fahami apabila di ajukan soalan. Pada permulaan pembentang didapati beliau gemuruh berbanding pada pertengahannya.



Dengan menghadiri seminar ini, saya telah memperoleh banyak input untuk membantu saya menyiapkan tugasan dan dalam penulisan tesis nanti insyaalahi. Dengan ada seminar seperti ini saya dapat merasakan bahawa amat penting pelajar memahami konsep penulisan tesis dan juga penggunaan methode yang betul serta sampel yang mentap dapat mengukuh tesis yang di tulis. Penulis barharap dapat menyiapkan kertas projek satu dengan jaya. Wallahuklam..









No comments: