Web Menarik

Wednesday, November 9, 2011

Konsep Dan Objektif Zakat

KONSEP DAN OBJEKTIF ZAKAT DALAM ISLAM

oleh

Mohammad Shiham Mahfuz al Kulimi al Azhari

Pengertian zakat:

Dalam bahasa Arab zakat bermaksud : subur, berkat, bersih, jernih, cerdik dan lain-lain.Dari segi syara’ bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah.

Kedudukan Zakat Dalam Islam

Zakat adalah rukun islam yang ketiga selepas syahadah dan sembahyang sebelum puasa dan haji. Rukun bererti tunggak atau asas utama pembinaan sesuatu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanpa rukun ini, rosaklah sesuatu binaa asas yang kita bina. Al-quran juga menyebut zakat sebanyak 30 kali. Duapuluh tujuh daripadanya disebut bersama sembahyang dalam ayat yang sama, sementara satu daripadanya disebut bersama-sama sembahyang dalam ayat yang berbeza tetapi pengucapannya yang sama. Dua lagi disebut secara tidak bersama dengan sembahyang menurut Al-Syaukani kewajipan berzakat sangat jelas dalam islam tidak perlu kepada apa-apa hujjah lagi. Oleh itu orang yang mengikarinya adalah kafir

Dalil Kewajipan Zakat:

Firman Allah:
   •

Maksudnya: dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat

      

ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk)

Objektif Zakat:

Zakat mempunyai objektif kemanusiaan yang nyata, iaitu meliputi aspek-aspek kerohanian dan kebendaan, begitu juga merangkumi individu dan masyarakat. Dalam aspek kebendaan zakat secara jelas dilihat sebagai salah satu sumber kewangan negara yang bertujuan khusus untuk membantu orang-orang yang lemah dan memerlukan.

Dalam aspek kerohanian, zakat mempertingkatlan nilai hidup berbagai-bagai pihak termasuk pemberi, penerima dan masyarakat umum. Malah zakat juga mempertingkatkan nilai harta kepuyaan orang yang mengeluarkan zakat itu:

Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Fiqh zakat telah merumuskan objektif secara ringkas ialah:-

1. Mempertingkat nilai hidup pemberi zakat,

Satu daripadanya menyucikan pemberi zakat daraipada sifat kedekut yang sangat dibenci oleh islam.

2. Membersih dan menyuburkan harta.

Dalam mencari kekayaan, kadang-kadang tidak sengaja berlaku pencorobohan terhadap hak orang lain kejadian seperti itu boleh boleh menyebabkan harta yang dikumpul itu dicemari oleh hak orang lain. Maka bagi menyucikan kecemaran tersebut zakat perlulah dikeluarkan. Seperti mana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn majah bermaksud “apabila kamu telah menunaikan zakat harta maka ertinya kamu telah menghilangkan kejahatan harta itu dari diri kamu.”

3. Membantu pihak yang memerlukan

Objektif ini jelas bagi golongan yang layak menerima zakat mereka ini terdiri sepertimana Firman Allah:

                         

Yang beraksud” Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

4. Memperkukuhkan jaminan sosial

Pemberian zakat kepada asnafnya dan orang-orang yang layak menerima zakat memberi kesan kepada mereka secara individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Bantuan yang diberikan kepada fakir miskin, misalnya bukan sahaja boleh melegakan hidupnya secara peribadi bahkan menjadikannya lebih aktif dan masyarakat pula mendapat faedah daripada aktivitnya itu.



PUNGUNTAN ZAKAT DALAM BENTUK CUKAI

Dalam kitab Fiqh al-Zakat Yusuf Qardawi menghuraikan latar belakang mengapa zakat tidak diwajibkan ke atas kafir. Berasaskan pandangan tersebut persoalan yang dibangkitkan apakah harus dipungut daripada orang-orang bukan islam, bukan atas nama zakat tetapi atas nama cukai. Tujuannya ialah mengelakkan berlaku ketidakadilan antara golongan rakyat dalam negara yang sama. Sekiranya pungutan tidak dilakukan kepada non muslim, orang islam lebih terbeban dari segi kewangan.

Al-Qardawi berpendapat tidak salah pemerintah memungut zakat atas nama cukai daripada orang non muslim dan beliau memberi alasan berikut.

1. Fuqaha’ berpendapat zakat tidak dikenakan ke atasa non muslim bermaksud tidak wajib ke atas mereka dari segi agama. Sedangkan dari segi politik mereka dipertanggungjawab dengan beban kewangan untuk membangunkan negara.

2. Antara sebab yang diberikan fuqaha’ mengapa zakat tidak diwajibkan ke atas mereka ialah kerana mereka tidak beriltizam untuk memikul kewajipan tersebut.

3. Dahulu ahli zimmah membayar satu jenis cukai bernama “jizyah” sebagai satu penyertaan dalam memikul beban mentadbir negara. Sekarang cukai seperti ini tidak dipungut lagi adalah munasabah satu bentuk cukai diwujudkan dipungut daripada non muslim.



PEMBAHAGIAN JENIS ZAKAT



ZAKAT PERNIAGAAN

Taksiran barang-barang Perniagaan adalah wajib dijalankan oleh setiap peniaga Islam untuk menentukan nilainya yang akan dijadikan zakat mengikut kadarnya yang tertentu. Dalam hal ini, semua barang-barang Perniagaan hendaklah dinilaikan apabila sempurna syarat-syarat wajib zakatnya.

Yang dimaksudkan dengan barang-barang Perniagaan ialah semua harta benda Perniagaan yang diniatkan untuk tujuan berniaga dan dijadikan barang-barang Perniagaan atau perdagangan seperti barang-barang runcit, makanan, minuman, pakaian, kenderaan, pelbagai alatan dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

i. Islam.

ii. Sempurna Milik (kepunyaan mutlak).

iii. Merdeka.

iv. Genap setahun Perniagaan dijalankan (cukup haul).

v. Cukup Nisab pada tarikh Perniagaan itu sampai haul (genal setahun). Nisab Perniagaan adalah sama dengan nisab zakat wang.

KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN

Kadar zakat Perniagaan yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup setahun Perniagaan dijalankan

PERATURAN MENGELUARKAN ZAKAT PERNIAGAAN

Untuk mengeluarkan zakat Perniagaan, penilaian semua harga barang-barang yang ada pada masa genap setahun perjalanan Perniagaan hendaklah dilakukan. Dalam masa penilaian itu dibuat, hendaklah dimasukkan/ dicampur wang tunai dalam tangan, wang dalam bank, hutang dalam tangan orang (jika terjamin bayarannya) dan wang pusingan-wang pusingan lain.

Sekiranya jumlah dari keseluruhan barang-barang tersebut telah menyamai/melebihi kadar nisab (RM2699.01 sen bagi Tahun 1993 di mana nilai ini berubah-ubah mengikut harga pasaran emas semasa), maka zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah tersebut wajib dikeluarkan.

KETENTUAN PERNIAGAAN

i. Pemilikan yang sah

ii. Niat berniaga

iii. Cukup nisbah pada akhir tahun

iv. Cukup haul

v. Bebas dari tanggungan hutang

Pemilikan yang sah

Peniaga adalah terdiri daripada orang Islam dan telah memiliki satu-satu perniagaan itu secara sah mengikut penilaian Syariat Islam, samada melalui usaha sendiri, pemberian seseorang atau melalui perwarisan.

Niat Berniaga

Bagi menentukan wajib atau tidak mengeluarkan zakat perniagaan, mestilah dilihat dari DUA unsur utama iaitu Niat dan Amalan. Niat iaitu untuk mendapat keuntungan, manakala Amalan ialah berlakunya jual beli. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama. Niat haruslah berterusan tanpa berubah sebelum sempurna haul serta sampai nisabnya.

Cukup Nisab Pada Akhir Tahun

Diwajibkan zakat apabila nilai perniagaan mencukupi nisabnya. Dalam konteks ini, adalah seharusnya ditarik perhatian kepada barangan perniagaan yang dikenakan zakat, iaitu ia adalah barangan yang boleh dipernilaikan dengan matawang. Sebahagian besar ulamak Islam berpendapat bahawa nisab harta perniagaan adalah dirujuk kepada nilai matawang yang bersandarkan kepada kadar Emas dan Perak :

Emas 20 misqal @ 25.2259

@ 85 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah)

= 2.577% (Tahun Masihi)



Perak : 200 dirham @ 176.5913 mayam

@ 6.9732 saga @ 595 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah)

= 2.577% (Tahun Masihi)

Mengikut Mazhab Shafie ada tiga pendapat dalam menentukan di peringkat manakah seharusnya nisab itu wujud:

a. Sempurna nisab pada akhir haul sahaja.

b. Sempurna nisab sepanjang haul dari awal hingga akhir haul.

c. Sempurna nisab pada awal dan akhir haul dan tidak di tengahnya.

Ketiga-tiga pendapat tersebut dikira sempurna dan yang muktamadnya ialah pendapat (a) di mana sempurna nisab pada akhir haul sahaja kerana nisab bergantung kepada nilai barangan dan untuk menilai pada setiap masa adalah suatu kerumitan.

Cukup Haul

Haul bagi zakat perniagaan ialah genap setahun menjalankan perniagaan, dari waktu membeli barangan dengan niat untuk diperniagakan. Tahun yang dikira ialah :

i. Tahun Hijrah 354 hari - Kadar wajib 2.5%

ii. Tahun Masihi 365 hari - Kadar wajib 2.577%



Bebas Dari Tanggungan Hutang

Maksudnya harta perniagaan yang diambil kira cukup nisab itu ialah setelah ianya ditolak (dikurangkan) tanggungan Hutang Perniagaan.

HARTA TAMBAHAN

a. Harta dari haril usaha

Harta hasil usaha yang diperolehi dari pertumbuhannya umpamanya daripada keuntungan perdagangan, maka ia adalah mengikuti sumbernya dalam tahun dan zakatnya.

Dengan itu sesiapa yang mempunyai barang-barang dagangan, yang sampai satu nisab, lalu barang-barang itu menghasilkan keuntungan, wajiblah ia mengeluarkan zakat terhadap semuanya baik dari sumber, mahupun dari hasil usaha (iaitu untung). Dalam hal ini tidak ada pertikaian ulamak.

b. Harta Hasil Pemberian dan Sebagainya

Harta tambahan yang sejenis dengan harta nisabnya tetapi bukan merupakan cabang atau berkembang daripada harta asalnya, misalnya diperolehi daripada hasil pembelian aau warisan, berkata Abu Hanifah mengenai ini:" Hendaklah digabungkan harta tambahan itu kepada herta nisab, diikutkan kepadanya dalam tahun dan dalam zakat, seta dizakatkan bersama-sama".

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

Seorang peniaga telah menilaikan harga tiap-tiap jenis barang perniagaannya pada masa genap setahun Perniagaan itu dijalankan dan didapatinya berjumlah sebanyak RM60,000.00. Wang pusingannya termasuk wang tunai dalam tangan, wang dalam bank, hutang yang terjamin bayarannya dan lain-lain, sebanyak RM40,000.00. Kadar zakat yang wajib peniaga itu keluarkan ialah RM2,500.00 iaitu 2.5% daripada semua nilaian yang dibuat.

Jadualnya seperti berikut:

Bahan Taksiran Nilaian

Harga setiap barangan ……`


Wang pusingan (termasuk wang tunai dalam tangan, wang dalam bank, hutang terjamin bayarannya dan lain-lain)


Jumlah :


Kadar zakat yang wajib di keluarkan 2.5%


Baki setelah dikeluarkan zakat




Catatan

1. Genap setahun Perniagaan dijalankan sebagaimana yang tercatat dalam syarat-syarat wajib zakat membawa maksud perjalanan Perniagaan itu tidak kurang daripada setahun tanpa memandang cukup setahun tiap-tiap jenis barangan yang dibeli dan dijual berada dalam simpanannya. Dalam urusniaga setiap barangan yang dibeli dan dijual sentiasa bertukar ganti dan tidak semua barangan itu berada dalam simpanan sampai setahun. Oleh itu, ketentuan cukup haul dalam syarat-syarat wajib zakat Perniagaan ialah perjalanan Perniagaan yang tidak kurang dari setahun.

2. Masa penilaian dibuat ke atas harga setiap jenis barangan itu hendaklah didasarkan kepada harga belian asal.

3. Bond pinjaman, saham-saham syarikat dan bentuk-bentuk Perniagaan lain adalah dikenakan zakat. Jika bentuk-bentuk Perniagaan seperti ini memenuhi syarat-syarat wajib zakat Perniagaan maka kadar zakatnya 2.5%.

ZAKAT WANG/HARTA

Segala jenis mata wang yang digunakan hari ini adalah wajjib dikeluarkan zakat setelah cukup syarat-syaratnya kerana, mata wang tersebut pada dasarnya ialah emas. Hal ini dipandang dari segi cagarannya di mana, setiap nilai mata wang yang digunakan, dicagarkan dengan emas tulin.



SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT WANG/HARTA

i. Islam

ii. Sempurna Milik (kepunyaan mutlak).

iii. Merdeka.

iv. Cukup Nisab.

v. Memiliki tidak kurang daripada satu Tahun (cukup haul).

KADAR BAYARAN

Wang simpanan yang menyamai/melebihi nisab (nilai harga 85 gram emas di pasaran semasa) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

KAEDAH PENGIRAAN

Contoh1

Pada 1 Januari 2009, jumlah wang simpanan En. Ahmad ialah sebanyak RM3,600, jumlah tersebut berkekalan di dalam simpanannya hingga genap setahun (354 hari bagi Tahun Hijrah): Oleh kerana jumlah wang simpanannya itu telah melebihi nilai harga yang paling tinggi bagi 85 gram smas sepanjang Tahun 2009, maka En Ahmad diwajibkan membayar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada jumlah wang simpannya.

RM3,600.00 x 1 = RM90.00

40

Sebagai contoh, nilai harga 85 gram emas bagi Bulan April 2009 ialah RM2806.00. Nilai ini berubah-ubah pada tiap-tiap Bulan. Untuk mengetahui harga semasa, kita perlu menghubugi pusat islam yang menyelia kadar tersebut seperti pusat zakat selangor, baitul mal dan lain-lain.

Contoh 2

Tarikh

Date No. Kira-kira

Account Number Wang Keluar

With Draw Wang Masuk/Faedah

Deposited/Interest Baki

Balance

01/01/2010 12514 6,500.00 6,500.00

07/04/2010 12514 500.00 6,000.00

09/05/2010 12514 700.00 5,300.00

28/06/2010 12514 1,000.00 6,300.00

20/10/2010 12514 900.00 5,400.00

30/12/2010 12514 600.00 4,800.00

09/02/2011 12514 300.00 5,100.00

Ulasan Taksiran

i. 01/01/2010 hingga 30/12/2010 sudah cukup haul (Genap setahun).

ii. Nisab simpanan terendah ialah RM4,800.00 iaitu pada 30 Disember 2010.

iii. Kadar yang dikenakan zakat ialah RM4,800.00 x 2.5 % = RM 120.00

TAKSIRAN ZAKAT WANG SIMPANAN

KADAR DIWAJIBKAN

i. Wang simpanan wajib dikenakan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.

ii. Jumlah yang ditaksirkan berdasarkan Baki Simpanan Terendah yang kekal genap setahun.

iii. Jumlah simpanan terendah hendaklah menyamai atau melebihi nisab (Paras minima wajib zakat) 85 gram emas mengikut harga pasaran semasa.

iv. Kadar ditaksirkan ialah :-

- Tahun hijriah 354 kadarnya 2.5% Manakala kiraan Tahun Masihiah 365 kadarnya 2.57%

CARA BAYARAN

i. Pusat pengumpulan zakat negeri masing-masing atau ;

ii. Member kepada asnaf yang layak menerima zakat secara individu atau sebagainya atau;

iii. Mendapatkan jumlah sendiri dengan formula-formula yang telah ditetapkan oleh Islam dan serahkan jumlah yang anda patut bayar kepada Baitulmal atau melalui wakil ataupun memalui pos.

EMAS DAN PERAK

Emas dan Perak adalah galian-galian yang diwajibkan zakat oleh Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Al-Quran Surah Al-Taubah Ayat 34-35.



SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK

i. Islam

ii. Sempurna milik.

iii. Merdeka

iv. Memiliki tidak kurang daripada satu Tahun.

v. Cukup nisab. Nisab Emas ialah 20 misqal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga. Nisab Perak ialah 200 dirham bersamaan 176 mayam 6.9732 saga.

Catatan

Emas atau Perak yang dijadikan barang-barang kemas (perhiasan perempuan) tidak diwajibkan zakat kecuali barangan tersebut berlebihan daripada yang sepatutnya.

KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN

Emas : Nisab Emas ialah seberat 20 misqal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga emas. Kadar zakat emas yang cukup nisabnya ialah 2.5% atau 1/40.

Perak : Nisab Perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan 176 mayam 6.9732 saga perak. Kadar zakat yang wajib dikeluarkannya sama seperti kadar emas iaitu 2.5% atau 1/40.

Catatan

i. Hasil galian/perlombongan emas atau perak yang cukup nisbahnya sebanyak 20 misqal atau lebih hendaklah dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% tanpa menunggu cukup setahun sebagaimana harta simpanan emas dan perak.

ii. Harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah dan dipercayai hasil simpanan orang-orang jahiliah dahulu (harta rikaz) wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 20% daripadanya tanpa menunggu cukup setahun dan nisabnya yang tertentu. Nisabnya ialah sebanyak mana bahan itu dijumpai.

iii. Mengikut kadar sekarang: 20 misqal bersamaan dengan 85 gram emas atau nilai yang menyamai 85 gram emas, di mana nilai tersebut sentiasa berubah-ubah menikut harga pasaran emas semasa.

ZAKAT BINATANG TERNAKAN



Binatang Ternakan yang diwajibkan zakat adalah terdiri dari:

i. Kambing biri-biri dan sejenisnya

ii. Lembu

iii. Kerbau

iv. Unta

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT BINATANG TERNAKAN

i. Islam

ii. Sempurna milik.

iii. Merdeka

iv. Cukup nisab: Permulaan nisab pada kambing biri-biri ialah 40 ekor, pada lembu/ kerbau ialah 30 ekor dan pada unta ialah 5 ekor.

v. Genap setahun dari tarikh cukup nisab

vi. Binatang Ternakan itu tidak digunakan untuk tujuan kerja seperti bersawah dan lain-lain.

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU / KERBAU



Bilangan Kadar dikeluarkan zakat

30-39 1 ekor anak lembu (Jantan/Betina) berumur 1 tahun

40-59 1 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

60-69 2 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

70-79 2 ekor anak lembu1 tahun ( 1 jantan dan 1 betina)

80-89 2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90-99 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

100-109 3 ekor anak lembu (satu ekor betina beumur 2 tahun dan dua ekor jantan berumur 1 tahun)

110-119 3 ekor anak lembu (satu ekor betina beumur 1 tahun dan dua ekor jantan berumur 2 tahun)

Panduan:

Apabila bilangan itu lebih dari yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu yang berumur satu Tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor lembu yang berumur 2 tahun.

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI



Bilangan Kadar dikeluarkan zakat

40-120 1 ekor berumur satu tahun

121-200 2 ekor berumur satu Tahun

201-300 3 ekor berumur satu tahun



ZAKAT PERTANIAN

Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang Islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buah-buahan dengan syarat-syarat tertentu. Sebagai contoh, tanaman utama yang menjadi makanan asasi penduduknya ialah padi. Sifat khusus yang membezakan zakat pertanian dengan zakat-zakat yang lain ialah zakat pertanian merupakan zakat atas hasil sahaja, sedangkan zakat-zakat lain merupakan zakat atas hasil dan modal sekali.



Dalil Wajib Zakat Pertanian

Firman Allah SWT yang bermaksud:



"Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..." (surah Al-Baqarah : 267)



Zakat Tanaman (Padi)



Syarat wajib bagi zakat pertanian ialah :-



1. Islam

2. Merdeka

3. Sempurna Milik

4. Cukup nisab

5. Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang tahan disimpan lama.

6. Tanaman tersebut adalah hasil usaha manusia dan bukannya tumbuh sendiri seperti tumbuh liar, dihanyutkan air dan sebagainya.



Kaedah Pengiraan

Pengiraan zakat pertanian sebagai ontohnya padi adalah tertakluk ke atas harga jualan padi, setelah ditolak kos yang dibenarkan. Jika nilai jualan padi pada musim pertama kurang dari nisab, maka hendaklah dicampurkan ke musim kedua di dalam tahun yang sama.



bagi penanaan padi dua kali setahuan seperti Kedah Pulau Pinang, Perlis dan yang sewaktu dengannya

Nisab

363 gantang / 1,300 kilogram / 1.3 tan bersamaan dengan nilai RM 715.00 ( mengikut

harga semasa)

Kadar zakat



10% ke atas nilai bersih selepas ditolak kos yang dibenarkan seperti kos baja/racun, sewa, upah kerja dan pengangkutan. Penentuan ukuran nisab adalah selepas tolakan kos (sekiranya harga padi selepas ditolak kos operasi kurang dari RM 715.00, maka zakat tidak diwajibkan)



Subsidi

Subsidi padi dikira sebagai harta perolehan (al-mal al-mustafad) oleh itu ianya termasuk di dalam pengiraan zakat dengan kadar 2.5% (atas nilai keseluruhan harga subsidi padi).



Contoh Pengiraan

Seorang petani mendapat hasil jualan sebanyak RM1600.00 semusim, manakala

subsidi sebanyak RM700 Harga jualan padi RM1,600.00

Anggaran tolakan kos



1. Kos baja/racun 250.00

2. Sewa 200.00

3. Upah tenaga kerja/tuaian(mesin) 350.00

4. Pengangkutan (lori) 50.00

Jumlah tolakan 850.00



Baki (RM 1,600.00 - RM 850.00) 750.00

Kadar zakat ke atas tanaman (padi)

RM 750.00 X 10%=75.00

Kadar zakat ke atas harga subsidi RM 700.00 X 2.5% 17.50

Jumlah perlu bayar zakat RM 75.00 + RM 17.50= 92.50



*Nota : Jumlah anggaran tolakan di atas tidak ditetapkan kos (Tertakluk kepada cara

dan kaedah penggunaan masing-masing)

Contoh Pengiraan (Dua Musim)

Musim Pertama 2005 :

Nilai jualan = RM 400 (kurang dari nisab)

Musim Kedua 2005

Nilai jualan = RM 450 (kurang dari nisab)

Maka, RM400 + RM450 = RM850 (lebih dari nisab)

Jumlah perlu bayar : RM 850 X 10% = RM 85

No comments: