Web Menarik

Wednesday, September 14, 2011

Projek Nenas dan Penyakit

PENYAKIT-PENYAKIT TANAMAN NANAS 1. PENYAKIT REPUT TERAS BAKERIA NANAS (Erwinia chrysanthemi) Penyakit reput teras bakteria yang menyerang pokok nanas adalah disebabkan oleh kuman bakteria yang dipanggil Erwinia chrysanthemi. Kuman ini juga didapati menyebabkan penyakit buah hantu. Bakteria ini disebarkan oleh serangga, angin dan juga percikan air hujan yang kemudian akan menjangkiti pokok melalui liang-liang stomata daun-daun muda di bahagian terus. Selalunya nanas jenis Gandul didapati lebih peka dari nanas Mas Merah, manakala pokok ratun lebih tahan dari pokok mula ditanam. Mangsa penyakit, biasanya pokok-pokok muda yang berumur antara 4-8 bulan. Serangan dan Tanda-tandanya: Jangkitan hanya berlaku pada daun-daun dan tidak pada batang. Kelihatan cedera-cedera seperti terendam air yang bermula dari pangkal daun-daun di pusaran tengah pokok. Serangan pada daun-daun yang matang mungkin merebak hingga ke bahagian hijau menyebabkannya menggelembung akibat pengumpulan gas dan warna berubah menjadi hijau kekuningan. Serangan akan terhenti apabila terbentuk sempadan jangkitan yang berwarna hitam. Bahagian yang diserang akan berbau busuk dan berair. Beberapa hari kemudian, seluruh teras boleh dicabut dengan senang dari pokok.
 Pokok-pokok yang diserang biasanya tidak mati tetapi berupaya mengeluarkan sulur-sulur baru yang akan tumbuh kembali. Kawalan: 1. Pastikan kawasan tanaman sentiasa bersih. 2. Musnahkan pokok-pokok yang dijangkiti penyakit. 3. Elakkan menanam di kawasan yang paras airnya tinggi atau terdedah kepada banjir. 4. Jangan gunakan sulur-sulur untuk benih dari pokok yang terdedah kepada banjir. 5. Gunakan benih-benih yang tahan penyakit seperti nanas Sarawak. 6. Di kawasan yang pernah diserang penyakit, jangan gunakan jambul-jambul yang cacat. 7. Apabila terdapat tanda-tanda penyakit, sembur racun serangga heptachlor untuk mengawal semut-semut dari menyebarkan penyakit ke pokok-pokok lain. 8. Sembur pokok-pokok selepas 3-6 bulan di tanam dengan campuran bordeaux untuk mengurangkan kejadian penyakit. 2. REPUT PERDU / REPUT PANGKAL Thielaviopsis paradoxa) Jangkitan bermula dengan tompok-tompok berair dari pangkal daun. Terdapat gelumbung gas atau bau di bahagian reput. Jaga kebersihan ladang dan dapatkan sistem pengairan yang sempurna. 3. BUAH HANTU (Erwinia chysanthemi) Serangan pada buah muda dan hampir masak. Cecair banyak keluar pada celah-celah anak buah beserta dengan gelembung gas. Buah boleh menjadi tinggal rangka serabut. Buang pokok yang diserang penyakit. Kawalan keatas semut di kawasan yang diserang daripada menjangkiti tanaman sihat. Tanam varieti rintang. 4. MATA DALAM (Penicillium funiculosum) Kulat menyebabkan tisu dinding ovari menjadi berwarna coklat dan bergabus kadangkala merebak ke bahagian empulur. 5. PECAH TANGKAI (Fisiologi) Pecahan mendatar pada ruas tangkai. Pembesaran buah tidak sekata. Sembur dengan kupram sulfat. Elak menyiram larutan NAAA dengan kepekatan yang tinggi.

No comments: