Web Menarik

Monday, October 10, 2011

Pengalaman dan akal merupakan sumber ilmu yang dapat memberi penjelasan tentang ciri-ciri sesuatu objek. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Sila kemukakan hujah anda dengan merujuk kepada teori ilmu pengetahuan dari perspektif empirisis, rasionalis dan Islam.

 ulasan dan huraian oleh :
 Mohammad Shiham mahfuz
1. Pendahuluan.

Pengenalan

Ya, saya amat bersetuju dengan pernyataan itu memandangkan manusia di anugerah akal,pengalaman dan ilmu. Banyak ayat quran menyentuh perkara mengenai akal manusia. Sekiranya kita Tinjauan pendapat imam Ghazali (al-ehya umumuddin) mengenai akal manusia, beliau telah berpendapat bahawa akal terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara dhorurah (ضرور) dan muktasibah (مكتسبة ). Dharurah itu sesuatu ilmu yang datang kepada manusia tanpa usaha iaitu seperti bayi yang baru dilahirkan tidak ada orang yang mengajarnya menghisap susu ibu. Manakala muktasibah ialah ilmu akal manusia yang diperolehi dari dunia dan juga akhirat. Ianya dipelajari oleh manusia melalui secara formal atau informal. Melalui cara ini, manusia mempuyai pelbagai ilmu sehingga sampai ke bulan yang mana suatu ketika dahulu perkara seumpamanya adalah perkara yang amat mustahil berlaku kecuali mukjizat nabi Muhammad (S.A.W).

Definisi epistemologi adalah suatu cabang dari falsafah yang mengkaji dan membahas tentang batasan, dasar sasuatu sumberi, alat, tolok ukur, kesahihan, dan kebenaran ilmu, makrifat, dan pengetahuan manusia. Sesuatu ilmu yang dicapai melalui panca indera perlu dikaji dan diselidik bagi menentukan kesahihannya.

Analisis kritis dan kreatif telah menyebabkan lahirnya ramai ilmuan islam yang menyumbang menghasilkan penemuan dan karya-karya original yang menyuburkan lagi tamadun terutama dalam bidang sains, matematik dan perubatan.ilmuan islam menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam melakukan kajian sainstifik. Umpamnya ibn khurdadhbeh menentukan latitude dan logitude di pelbagai tempat di dunia islam. Al –biruni mengkaji graviti khusus terhadap beberapa benda.


Tradisi penterjemahan dari karya Greek dan Yunani dalam era Baitulhikmah telah memberi kesan yang besar terhadap penghasilan karya-karya islam terhadap ilmu-ilmu matematik , perubatan, astrofizik, falasafah dan lain-lain. Walaupunianya dikritik oleh sesetengah sarjana mengenai asas tasawurnya tetapi ianya telah melahirkan kecintaan terhadap ilmu yang amat hebat.


2. Sejarah tamadun ilmu Manusia



Tamadun umat manusia sudah bermula sejak awal lagi sebelum kebangkitan tamadun islam lagi. Tamadun Greek dan Yunani , Mesopotamia, parsi, China, India dan lain-lain muncul lebih awal lagi. Ada aspek-aspek kekuatan tamadun ini yang tidak menyalahi maslahah membangunkan umat islam telah diambil, disaring dan diberikan makna baru yang manfaatnya adalah untuk umat manusia.



Ilmuan islam tidak hanya mengkaji fenomena atas perkara yang nyata dan nampak semata-mata tetapi diberi pedoman oleh sumber wahyu yang memberikan perkhabaran dari langit iaitu dari ALLAH, pencipta bumi dan fenomenanya. Ternyata kesahihannya tidak disangkal lagi.



Walaupun ada orang menolak agama kerana dikaitkan dengan dogma dan tidak saintifik, ilmuan islam tetap menggunakan pengkaedahan pengkajian , pemerhatian ujikaji berasaskan data dan fakta. Ia tetap merupakan kaedah lazim dalam melakukan kerja-kerja saintifik. Dalam kitab al-tafahim al-biruni beliau berpendapat “ saya menerima karya-karya terdahulu , memperbetulkan tanpa gentar kesilapan yang terdapat dan mengekalkan apa yang telah ditemui


3. Sumber-sumber ilmu pengetahuan.



Secara umumnya, ilmu pengetahuan boleh diperolehi melalui al-Quran, wahyu, pancaindera, akal, dan ilham serta sumber lisan, tulisan dan kajian sejarah.



• Al-Quran

Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Kandungan al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti sains, ekonomi, kemasyarakatan, agama dan sebagainya. Justeru al-Quran merupakan salah satu rujukan ataupun sumber utama untuk memperoleh ilmu pengetahuan.



• Wahyu



Wahyu adalah pemberitahuan Allah S.W.T kepada manusia yang dipilih daripada kalangan umat manusia secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Wahyu merupakan sumber pengetahuan utama yang disampaikan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui Nabi Muhammad S.A.W ataupun melalui nabi-nabi terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu. Hal ini kerana, hadis mengandungi pelbagai jenis ilmu yang amat berguna untuk umat manusia.

• Pancaindera



Manusia berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul dengan menggunakan pancaindera mata, mulut, telinga, hidung dan kulit. Melalui pancaindera ini, manusia dapat menggunakan deria yang ada untuk memperoleh untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, ilmu yang diperoleh melalui pancaindera tidak semestinya tepat. Sebagai contoh, bintang yang kita lihat di langit kelihan kecil. Namun, pada hakikatnya bintang tersebut mempunyai saiz yang berkali ganda lebih besar dari yang kita jangkakan. Bintang di langit kelihatan kecil kerana lokasinya yang terletak jauh dari Bumi.



• Akal



Akal juga merupakan salah satu sumber ilmu penetahuan bagi manusia. Akal mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, akal dapat membantu manusia melihat, memikirkan serta membuat keputusan mengenai sesuatu perkara secara rasional. Manusia seharusnya menggunakan akal seiring dengan pancaindera agar ilmu yang diperolehi itu sahih dan tidak menyesatkan. Al-Quran menjelaskan agar manusia memerhati alam sekeliling dengan pancaindera dan akal untuk mendapat ilmu pengetahuan yang hakiki.

• Ilham

Ilham merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Dalam Islam, ilham juga dikenali sebagai firasat ataupun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan Allah S.W.T kepada para ulama. ilmu pengetahuan.

• Sumber lisan, tulisan dan kajian sejarah.

Segelintir sarjana berpendapat ilmu juga boleh diperolehi melalui sumber lisan, sumber tulisan dan juga kajian sejarah. Ilmu yang diperoleh melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan tidak formal seperti ilmu pertukangan dan ilmu pelayaran. Ilmu ini diperoleh melalui warisan secara tidak langsung daripada keluarga atau masyarakat. Pengajaran secara lisan daripada para ilmuan juga dianggap sebagai sumber ilmu. Ilmu daripada sumber tulisan boleh diperoleh melalui dokumen-dokumen seperti buku, ensiklopedia dan sebagainya. Ilmu daripada sumber sejarah pula dapat dilihat melalui kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku.

4. Cara-cara memperolehi dan memelihara ilmu

Niat

Seseorang itu hendaklah mempunyai niat yang ikhlas dalam hatinya. Niat yang ikhlas akan memudahkan seseorang itu untuk memahami sesuatu ilmu. Selain itu, niat yang ikhlas mampu menyingkirkan syaitan dan mudah mendapat keberkatan serta keredhaan Allah S.W.T.
• Azam Seseorang itu hendaklah mempunyai azam serta kemahuan yang kuat untuk menuntut ilmu. Allah berfirman:
“ Hendaklah engkau berhati teguh seperti keteguhan hati para Rasul yang memiliki kemahuan keras” ( Surah Al-Ahqaf : 35)



• Tekun


Seseorang itu hendaklah tekun dan gigih menuntut ilmu dengan memberi sepenuh perhatian semasa menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W bersabda:



“Apabila berdiri di atas mimbar kami sekalian menghadap beliau dengan wajah-wajah kami” ( hadis riwayat At-Tarmizi) .

Bukan itu sahaja, dalam hadis yang lain turut diingatkan perlunya diam sewaktu mendengar khutbah agar apa yang disampaikan dapat difahami dengan baik.


• Disiplin



Sikap disiplin seharusnya dipupuk dalam diri seseorang yang menuntut ilmu. Sikap disiplin mampu membantu seseorang itu menentukan dan merancang kaedah pembelajaran semasa menuntut ilmu. Dalam erti kata lain, sikap berdisiplin mampu menjadikan seseorang itu sistematik dalam menuntut ilmu.


• Taat

Seseorang yang ingin menuntut ilmu hendaklah taat kepada gurunya. Hal ini kerana, ketaatan seorang yang jahil kepada orang yang terpelajar adalah mengikut perintah agama iaitu ketaatan seluruh umat kepada Rasulullah S.A.W ketika Baginda bersabda :

“ Ambillah apa yang didatangkan kepada Rasul kepadamu dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”

Selain itu, Allah S.W.T juga berfirman:

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” ( Surah Al-Hasyr:7)

• Hormat

Seseorang yang menuntut ilmu hendaklah menghormati guru yang mengajarnya supaya wujud keadaan yang harmoni dan hubungan kasih sayang antara guru dan palajar. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya.” “Muliakanlah guru-guru agama, kerana barangsiapa memuliakan mereka bererti mereka memuliakan aku.”

Hadis riwayat: Abu Hassan Al-Mawardi



• Memelihara makanan dan minuman

Sumber pemakanan dan minuman yang haram serta mempunyai unsur syubhah mampu menjejaskan kecerdasan akal fikiran. Oleh itu, pemakanan hendaklah dititikberatkan untuk menjaga kecergasan akal fikiran. Akal fikiran yang cergas mampu memudahkan seseorang itu menuntut ilmu serta memelihara ilmu yang dimilikinya.

5. Pengalaman dan pembuktian eksperimen dan instrumen yang digunapakai oleh ilmuan islam dalam menafsirkan sesuatu objek

Salah satu kaedah bagi mendapat ilmu iaitu secara inkuiri (Mok Soon Sang 2002) .Allah menyebut dalam quran dalam masalah ini bermaksud “maka tanyalah orang yang lebih mengetahui sekirannya kamu tidak mengetahuinya”. Kaedah enkuri ini juga sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaedah heuristik. Ia digunakan sebagai satu kaedah bagi mendapatkan satu ilmu sebagai contoh ilmu kemanusiaan. Pembelajaran seumpama ini dapat menjimatkan masa untuk mengkaji sesuatu ilmu kerana pengalaman yang menerangkan sesuatu kedudukan ilmu. Contohnya doktor melhat pesakitnya suhu panas badan melebih 38 darjah selsius. Sudah tentu pesakit itu demam atau seumpama. Dengan menggunakan prosedur pemeriksaan dan pengalaman yang ada dapat menjimatkan masa daripada membuat analisis terhadap pesakit tersebut. Seterusnya menyediakan pesakit dengan segala keperluannya.

Kalau kita menyingkap suatu ketika dahulu, ilmuan islam amat maju dalam ilmu yang di pelajari dan diamati. Malah ilmu tersebut diwarisi oleh ilmuan sekrang sama ada ilmuan islam atau non muslim . Meraka mengkaji bagi mendapatkan sesuatu ilmu itu secara iklas dengan Allah serta merujuk KalamNya tanpa ada syak wasangka apa yang diilhamkan oleh Allah kepada mereka.



Dengan pembuktian dan dibuat eksperimen dan berpengalaman dalam bidang kimia, fizik dan perubatan dilakukan dimakmal, bidang patologi dan pembedahan dihospital. Balai cerap dibina di pelbagai tempat dalam dunia islam seperti diDamsyik , Baghdad, Nishapur dan Ray bagi maksud pemerhatian astronomi.



Instrumen yang terbaik digunakan untuk mendapat ketepatan. Instrument yang lama ditingkatkan upayanya dan yang baru dihasilkan. Instrument diwaktu itu lebih baik dan tepat berbanding dengan zaman Greek dan yang dihasilkan oleh kilang Nuremberg pada abad ke 15.



Ilmuan islam tidak saja melakukan sumbangan yang asli terhadap sains tetapi juga teknologi. Mereka memerhatikan bintang-bintang, menyediakan peta bintang untuk maksud pelayaran. Ibn Yunus menggunakan pendulum untuk mengukur waktu. Ibn Sina menggunakan temometer udara mengesan suhu udara. Kertas , kompas , senapang , ubat bedil, asid inorganic dan akali adalah contoh revolusi menakjubkan dalam perkembangan sains dan teknologi yang diperkenalkan oleh saintis islam.



Ahli matematik islam memperkenalkan algebra sebagaicabang matematikyang penting . penghasilam algebra dapat menyelesaikan fourth degree equation, pengguna sine dan tangen mengantikan chord Greek , membantu dengan hebat sekali keupayaan menusia melakukan penyelidikan. Kimia dijadikan sebagai sains yang tepat. Dunia optic dan opthalmologi menjadi lebih maju.



Sains merawat haiwan selalu dihubungkan denagn konsep baitarah merujuk nama saintisnya al- Baitar dan ilmu ini diterjemah dalam bahasa Inggersi sebagai Veterinary. Saintis islam mengasing diantara astrologi dengan astronomi, kerana kepercayaan terhadap nasib manusia adalah salah disisi ajaran islam. Astronmi dibangunkan sebagai sains tulen selepas tertolak hal-hal yang khurafat.



Al Razi melakukan aplikasi ilmu kimia dalam perubatan menjadi pelopor dalam bidang kimialatro. Karya saintis islam dikaji di Negara islam dan juga Eropah . kerja-kerja penterjemahan dalam bahasa latin bermula di abad ke 12.

Di samping kita menimba ilmu penetahuandan juga pengalaman, tidak dapat dinafikan juga fungsi otak seseorang itu,boleh menyimpan maklumat serta mengeluarkan segala maklumat yang disimpan mengikut kefahaman yang direkodkan. Menunurut Paul Mclean telah mengemukan tiga susunan otak (the concept of the triune brain. Otak neokorteks ini mempunyai pelbagai nama seperti otak atas,otak rasional, otak sedar, otak baru, otak intelak di dalam bahasa perubatan di panggil korteks serebrum atau otak serebrum. Otak neokortik ini berfungsi untuk mengawal dan memprosesaktiviti intelek. System limbek bertanggungjawab tentanh perlakuan emosi dan memainkan peranan penting dan pembelajaran dan tranformasi ingatan. Otak reptilian kompleks pula menjalankan fungsi utama naluri dan melakukan sesuatu mengikut urutan biasa.



6. Ilmu pengetahun berpunca dari pengalaman dan pemerhatian.

Ilmu ini berpunca dari pengalaman ,pembacaan , eksperimen danpenglihatan. Pengetahuan seperti ini dicari seperti menghadiri kuliah dan ceramah. Seterusnya ilmu kemahiran. Ia diperolehi sebagai hasil pencapaian sendiri , daya usaha akliah melalui pengalaman hidup, penyelidikan dang pengkajian. Ilmu ini mempunyai nilaikegunaan hidup duniawi . segala pengajian sains duniawi umpamanya matematik,sains , kimia fizik dan sebagainua termasuk di dalam kategori ilmu yang dicari .



Ilmu akal pemikiran manusia melengkapi ilmu bersumberkan dari wahyu. Semua ilmu wahyu Allah adalah baik belaka. Tetapi ilmu akal pemikiran manusia bukan semuanya baik. Ia terbahagi kepada dua jenis dari segi kegunaannya:

1)yang memberi manfaat:-

Sesuatu ilmu yang memberimanfaat kepada individu dan juga masyarakat.



2) yang di cela (mazmumah):-



Sesuatu yang membawa kepada kecelakaan kepada individu dan masyarakat.



7. Rasional ilmu islam sehingga tersebar di barat.



Secara logik, seuatu perkara tidak diterima di Barat kecuali sesuatu ilmu itu yang amat manfaat. Ilmuan barat yang terkenal mempopularkan sains islam di Eropah adalah seperti Constantine the African, Adelard of bath, petrus Alphonsi, Gerard of cremona, Raynond Lull, Roger Bacon, Berenger of Valencia dan Arnold of Villanova. Karya islam yang diterjenah dalam bahasa latin dan hebrew dan dijadikan kurikulumdalam institusi keilmuan di barat berabad-abad lamanya.



Tahun 1085 Toledo sebagai pusat mempelajri ilmu-ilmu Islam di barat dikuasaai oleh kristian Sepanyol. Para pelajar diserata daerah di eropah datang untuk mempelajri sains islam. Archbishop Raymond mengasaskan sebuah akademi di mana ilmu-ilmu perubatan , falsafah, astronomi matematik dan lain-lain diterjemahkan



Penterjemah terdiri dari orang islam dan yahudi yang mahir berbahasa arab, Hebrew, sepanyol dan latin. Pulau Sicily yang berada dalam pengusaan Islam selam 130 tahun dikuasai oleh bangsa Normans pada tahun 1091. karya Greek dan Arab diterjemah dalam bahas latin.Raja-raja daripad Roger hingga Frederik 2, Manfred dan Charles 1 of Anjou menaung tradsi pembelajaran. Sicily menjadi pusat yang amat penting bagi sejarah perpindahan ilmu sains islam ke Eropah.



Umumnya mengetahui bahawa perkembangan sains barat hari ini terkait langsung dengan tamdun islam. Memang sifat sesuatu tamadun mengalami proses ambilan dan penyesuaian kerana sifat manusia terus berfikir, mengkaji dan menghasilkan sesuatu menyebabkan berkembangnya sains dan teknologi



Mengikut Muhammad Saud dalam bukunya Islam and Evolution of Science, sebahagian besar buku-buku sains Islam dipelajari di barat secara bersungguh-sungguh di institusi akademik dan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan sains di Eropah. Kitab Al Qanun (canon of Medicine) oleh ibn Sina mengenai sains perubatan . kitab manazir oleh ibn Haitam mengenai sains mata atau optic dan kitab tasnif oleh Zahrawi mengenai ilmu bedah adalah antara bidang ilmu yang amat popular di barat.



Jika kita meneliti isi kandungan al-Quran, kita dapati bilangan ayat-ayat yang membicarakan tentang sains dan teknologi melebihi 750 ayat, manakala ayat-ayat yang berkaitan hukum hakam tidak melebihi 150 ayat. Tetapi alangkah ruginya umat Islam di akhir zaman ini kerana mereka tidak lagi mengambil berat tentang kepentingan menguasai sains dan teknologi

Sedangkan para ulamak Islam terawal mereka merupakan tokoh-tokoh terbilang dalam menguasai ilmu sains dan teknologi. Contohnya nama-nama seperti al-Asma’i, al-Jahiz dan al-Jawaqili merupakan pakar dalam bidang Zoologi dan Biologi. Manakala dalam bidang Botani pula dipelopori oleh al-Nabati, seterusnya dalam bidang Mineralogi tokohnya ialah Muhammad Zakaria al-Razi, bidang Kimia pula tokohnya Khalid ibnu Yazid dan Jabir ibnu Haiyan serta dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tokohnya seperti ibnu Musa, Ibnu al-Razaz al-Jazari, Taqiyuddin dan lain-lain.



Tetapi malangnya, apa yang berlaku kepada umat Islam masa kini mereka ketinggalan jauh dalam semua bidang keilmuan, tidak berkemampuan dalam penguasaan kepakaran teknologi, sebaliknya umat Islam dijajah, ditindas, dihina malah dilabel sebagai pengganas dan pelbagai tohmahan negatif.



Justeru, selaku sebuah negara merdeka marilah kita mendidik serta melatih generasi muda agar menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah kepakaran dalam bidang sains dan teknologi kerana kita tidak mahu semata-mata bergantung kepada kuasa asing yang sudah tentu mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri seperti menjajah pemikiran umat Islam dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan kata-kata pujangga muslim :

اَلْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُوْءمِنُ فَأِيْنَمَا وَجَدْتَهَا فَخَذْهَا



Maksudnya : Kebijaksanaan ( hikmah ) itu, adalah barang kehilangan kaum muslim. Justeru di mana sahaja kamu jumpa berusahalah mengambilnya kembali.

Menyedari kepentingan penguasaan sains dan teknologi dalam kehidupan masa kini, maka dapatlah kita rumuskan seperti berikut:

Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia.



Kita hendaklah menguasai ilmu sains dan teknologi kerana asalnya ia adalah harta intelek umat Islam yang perlu dimiliki dan diambil kembali. Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi akan menjadikan kita lebih mengagongkan Allah serta meningkatkan pengabdian kepada-Nya.

Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi juga dapat menjadikan kita bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang.



Sains dan teknologi berperanan sebagai pemudah cara kepada sebarang aktiviti dan kegiatan hidup serta penyelesai kepada sebarang permasalahan dari semasa ke semasa.



اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

       •    

Maksudnya : " sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan sing ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang-orang yang berakal ".

( Surah ali-Imran ayat : 190 )


8. Penyalahgunaan ilmu buat masa ini.



Ilmu sememangnya dimanfaatkan oleh umat manusia pada masa ini. Namun, terdapat segelintir manusia yang menggunakan ilmu yang mereka dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mereka menggunakan ilmu untuk mencipta pelbagai jenis senjata seperti bom nuklear, jet pejuang, dan sebagainya . Sebenarnya, tidak salah senjata seperti ini dicipta untuk mempertahankan negara sendiri. Namun, adalah salah sekiranya senjata-senjata seperti ini digunakan untuk menyerang negara lain dengan alasan menjajah, menentang keganasan dan sebagainya.



Bukan itu sahaja, ilmu juga digunakan untuk memesongkan pegangan akidah orang ramai. Hal ini terjadi apabila sesetengah pihak bertindak mengelirukan orang ramai dengan memberi tanggapan dan pendapat yang menyimpang dari akidah mengenai al-Quran dan hadis. Kesannya, terdapat segelintir masyarakat yang terpengaruh lalu menjadi sesat dan menyebabkan munculnya ajaran sesat dalam masyarakat kita pada hari ini. Selain itu, segelintir pihak juga menyalahgunakan ilmu dengan mengamalkan ilmu sihir yang sememangnya tidak boleh diamalkan menurut Islam. Ilmu sihir merupakan ilmu hitam yang menggunakan bantuan syaitan dan jin dengan tujuan untuk memberi kemudaratan atau kesusahan kepada orang lain.



Pada masa ini, ilmu sihir biasanya digunakan untuk membalas dendam serta mendapatkan harta atau kesenangan dengan cara yang mudah dan cepat. Di samping itu, ilmu fardhu kifayah seperti ilmu sains komputer telah disalahgunakan oleh segelintir pihak untuk menggodam sistem komputer pihak tertentu. Mereka menggunakan cara ini untuk memperoleh maklumat dengan cepat tanpa dikesan oleh sesiapa. Bukan itu sahaja, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kepakaran mereka mengenai perisian komputer dengan mencipta virus komputer lalu menyebarkannya. Selepas itu, mereka akan mencipta antivirus lalu menjual antivirus tersebut kepada syarikat penghasil komputer untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda.



Kesimpulannya, ilmu yang diperoleh seharusnya digunakan untuk kebaikan, bukannya untuk memberi kemudaratan ataupun kesusahan kepada orang lain. Pihak-pihak yang bertanggungjawab pula hendaklah menggubal undang-undang untuk membanteras aktiviti penyalahgunan ilmu seperti penggodaman komputer, ajaran sesat,dan penyalahgunaan senjata. Orang ramai pula seharusnya sedar bahawa ilmu perlu digunakan untuk tujuan yang baik dan bermanfaat sahaja.

Walaupun memperolehi ilmu melalui pengalaman, akal dan pengamatan pembelajaran . Sesuatu perkara itu dapat dirancang dengan betul untuk kesejatan manusia untuk menikmati bersama makluk yang lain umpama haiwan , tumbuhan dan sebagainya. Sebab itu menurut imam ghazali ‘wajib mendahulukan ilmu dari akal’ dalam menjalankan sesuatu perkerjaan di muka bumi ini.



9. Rujukan.

Al-Ghazali (505 H) (Imam Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali) al-Ehya’ Ulumuddin Jilid 1. Maktbah Darul Rayyan lilthurath. Misr

Prof. Dr.sidek Baba (2009). Acuan Minda Fadhilah Jabar. Ed. Pertama: Alaf 21 sendirian Berhad Selangor

Mook Soong Sang (2002) pedagogi 2 : pelaksanaan Pengajaran , Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abdul Razak Ahmad (2009) Strategi & Modul pembelajaran Sejarah .Cendikia Insani Pekanbaru bekerjasama Fakulti Pendidikan Kebangsaan Malaysia (Ukm) dan Fkip Universitas Riau (UR)

Hj. Ab. Fatah Hasan (1994). Kecemerlangan Minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir. Utusan publication & distributors Sdn.Bhd.

Sulaiman Noordin (1997). Sejarah pemikiran 1 sumber ilmu perbandingan ideology dan “orde baru dunia. Pusat pengajian umum University Kebangsaan Malaysia Bangi

Robert Kiener (2008), Dream ,An Unspeakable Nightmare, An Unstoppable m/s 116, Reader’s Digest, Edisi Februari 2008





No comments: