Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran?
1.
Strategi Pemusatan Guru
2.
Strategi Pemusatan Murid
3.
Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI
PEMUSATAN GURU?
·
Guru memainkan peranan penting
·
Komunikasi sehala. Guru banyak
bercakap.
·
Kepimpinan guru secara autokratik
·
Pencapaian objektif guru diutamakan
·
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
·
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk
mengingat/menghafal.
·
Interaksi di antara murid adalah pasif.
·
Kaedah keseluruhan kelas.
·
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·
Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan,
kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
·
Murid memainkan peranan penting
·
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi
pendapat,
·
objektif pencapaian murid diutamakan
·
perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
·
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
·
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat
kesimpulan,
·
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak
ansur, tolong-menolong)
·
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
·
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
·
Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan,
penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran,
kumpulan kecil dsb.
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
·
Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan
untuk mencapai objektif pengajaran.
·
Komunikasi/interaksi berlaku
antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
·
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
·
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam
kemahiran, kefahaman dan berdikari.
·
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
·
Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat
dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
·
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan
pelajaran
·
Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku
rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video,
televisyen, projektor, dsb.
No comments:
Post a Comment