KHILAF ULAMA DALAM HUKUM FIQAH
OlehUst Saleh Hj Ahmad (PUM)
PENDAHULUAN
Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati paraimam mujtahidin, ada yang hanya disepakati di kalangan ulama’-ulama’ mazhab berkenaansahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf di kalangan ulama’-ulama’ dalam mazhab yang sama.Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalamperkara ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil zanni adalah suatu perkarayang tabi’iy bahkan pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini. Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang lucu, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untukberada dalam satu mazhab sahaja.Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad keranaseorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnyabahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapatulama’ mujtahidin yang menjadi pilihannya.

ADAB AL-IKHTILAF
Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semuakeadaan sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah.Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyahkhususnya bagi kita yang bukan ulama’ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidakmenimbulkan porak peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.Justeru itu penulis merasakan penting perkara ini diberi perhatian sewajarnya.1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentiment ta’asub mazhabsecara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai factor memecahbelahkan Islam danbukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakansebagai aliran pentafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedahdan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum. Kesemuanyabertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.2. Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab keranaperbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi’iy bagiakal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Bahkan kitaboleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatuperbendaharaan fiqh yang amat berharga. Ia juga merupakan sebagai bukti betapaberkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran para fuqaha’ kita yangagong dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat kepada Syariat Islamyang mulia.3. Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama’- ulama’ mujtahidindalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kitapercaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita
berdoa untuk kebaikan mereka.4. Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalahkhilafiyyah.5. Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai denganpandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalanyang bercanggah dengan hukum- hukum yang disepakati para ulama’. Ini berdasarkankaedah fiqhiyyah:“ هيلع مجما ركن مإو هيف لتخما ركن “Maksudnya : “Tidak atau jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalanganfuqaha’. Dan sesungguhnya yang perlu dibantah ialah perkara munkar yang disepakatiulama’ atas pengharamannya”6. Kita mesti beradab dengan ulama’ yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut melempar tuduhan kalimah bid’ah dalalah ke atas amalan-amalan yang khilafiyyah.7. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapatnyasebagai sesat, pembuat bida’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujahdan alasan yang perlu kita hormati.8. Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alimbesar menghentam ulama’-ulama’ silam yang tidak sealiran dengan mereka, sambilmenyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakatsedangkan amalan itu khilaf ulama’ padanya. Lebih dahsyat dari itu terdapat sebahagianmereka yang biadap menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau jawi lama keranamenurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan. Subhanallah.9. Kita sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menanganimasalah khilafiyyah. Amat bodoh kalau seseorang pendakwah membangkitkan perkarayang remeh-temeh dan khilafiyyah dalam ceramah-ceramahnya kerana ini bolehmenimbulkan perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.10. Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan syarahan dan pengajarankepada persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam membangun ataumeruntuhnya. Sepertimana yang diungkapkan oleh Syaikh Abd al-Rasyid Ridha:“ هيف نلتا ميف ضب نضب ذو هيلع نقا ميف وت “Maksudnya : “Saling bantu-membantu di antara kita dalam menegakkan perkara yang kitasepakati dan saling bertolak ansur dan bermaafan di antara kita dalam perkara khilafiyyah”.11. Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkankaedah fiqhiyyahحتس خا ورخا( Keluar dari khilaf itu digalakkan)
BEBERAPA CONTOH MASALAH KHILAFIYYAH
1. Membaca doa Qunut
.2. Sembahyang sunat qabliah Maghrib.
3. Sembahyang sunat qabliah Jumaat.
4. Talqin mayat setelah dikebumikan.
5. Bacaan al-Qur’an dan tahlil dihadiahkan pahalanya kepada si mati.
6. Fidyah sembahyang.
7. Berwirid secara jama’ah selepas sembahyang fardhu.
8. Batal wuduk dengan sebab sentuhan lelaki dengan perempuanyang harus dikahwini.
9. Membaca Usalli atau melafazkan niat sebelum takbir.
10. Bilangan rakaat sunat tarawih 20 atau 8
11. Membaca surah Yasin pada malam Jumaat
12. Maulid al-Rasul s.a.w.
13. Membaca Sayyidina dalam Salawat.
14. Imam berdoa lepas solat jama’ah dan makmum mengaminkannya.
15. Aqiqah dengan kambing sahaja.
16. Menyapu muka selepas memberi salam dan membaca:“ زحاو ىنع أ لا ،يرا مرا ا هإ أ دشأ ““ زحاو ىنع أ لا ،يرا مرا ا هإ ذا ا سب “
KESIMPULAN
Perbahasan masalah khilafiyyah ini tidak wajar diperbesarkan dan saling menyalahkanantara satu sama lain, lebih-lebih lagi menghukum bid’ah, khurafat dan kafir. Ini keranakhilaf dalam masalah furu’ suatu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting bagi umatIslam ialah berganding bahu menegakkan Syariat Islam dalam diri, rumahtangga,masyarakat dan negara. Seterusnya memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yangdisepakati dan bekerja keras menegakkan yang ma’ruf yang diijma’ ulama’ di sampingberlapang dada dan bertolak ansur ketika menghadapi perkara-perkara khilafiyyah dalamsemangat persaudaraan Islam dan kesatuan ummah.Lain-lain artikel layari http://www.mediajaya.my/

No comments:
Post a Comment