ISU-ISU DALAM PENGURUSAN KURIKULUM
SEKOLAH DI MALAYSIA
1. Pengenalan
1.1. Konsep Kurikulum
Perkataan ‘kurikulum’ dalam bahasa Latin mempunyai kata akar ‘curere’ yang bermaksud ‘jejak’ atau ‘laluan’. Perkataan kurikulum dalam bahasa Inggris mengandungi pengertian ‘jelmaan’ atau ‘metamorfosis’. Perluasan makna ini memberikan pengertian kurikulum dalam perbendaharaan kata pendidikan bahasa Inggris sebagai ‘jurusan pengajian yang diikuti di sekolah (Kliebard, 1982). Namun kefahaman terhadap perkataan ‘kurikulum’ dalam bahasa Melayu dipengaruhi oleh maksud perkataan tersebut melalui bahasa Inggris, sehingga definisi kurikulum sebagai istilah pendidikan juga bermakna: kurikulum sebagai pengalaman, usaha, rancangan, objektif, isi mata pelajaran, pembinaan insan dan sebagai unsur kebudayaan.
Definasi kurikulum menurut Harold Rugg ialah ”It is most important that those who are constructing our school curriculum shall maintain an overview of the total situation”. Kurikulum di gunakan untuk:
a. Mengindentifikasi, sebuah rencana pengajaran terhadap pelajar-pelajar dan
b. Untuk mengenal pasti sebuah bidang kajian.
Manakala Robert S. Zais mengatakan kurikulum sebagai program pengajaran, isi kandungan daripada mata pelajaran, pengalaman pengajaran yang terancang, pengalaman tersembunyi yang akan diperolehi oleh anak didik, sebuah rangkaian yang tersusun dari adanya hasil pembelajaran, dan kurikulum pula sebagai pelan tertulis bagi menjalankan aktiviti pengajaran.
1.2. Kandungan Kurikulum
Kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979).
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan pelbagai kemahiran iaitu :
o kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
o kemahiran berkomunikasi secara berkesan
o kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
o kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
o kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
o kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
o kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Di Malaysia, aspek-aspek yang berkaitan dengan kurikulum sekolah di peringkat rendah dan menengah dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Justeru, proses pembinaan kurikulum di Negara ini begitu tersendiri dan terpusat. Pihak yang terlibat dalam proses perancangan matlamat, kandungan strategi-strategi pengajaran dan penilaian dilantik oleh Kementrian Pendidikan dan mereka inilah pakar dalam bidang masing-masing. Pusat Perkembangan Kurikulum berfungsi sebagai urus setia dalam proses ini. Peranan individu-individu yang terpilih bagi menyediakan kurikulum sesuatu subjek adalah penting kerana mereka sebenarnya banyak mempengaruhi hala tuju pendidikan negara.
Disebabkan prosesnya begitu terpusat, kebanyakan orang tidak mengetahui bagaimana sesuatu keputusan tentang kurikulum itu dibuat. Mereka hanya mengetahui tentang peruahan-perubahan terhadap system pendidikan apabila perkara berkenaan diperkenalkan di sekolah atau apabila buku-buku teks yang digunakan pada tahun sebelumnya tidak boleh digunakan lagi. Tambahan pula dengan sifat masyarakat Malaysia itu sendiri yang kebanyakannya lebih berminat dengan keputusan peperiksaan dan prestasi yang dicapai oleh anak masing-masing telah menyebabkan birokrat-birokrat pendidikan mengambil kesempatan terhadap proses dan isi kandungan pendidikan yang disediakan untuk murid sekolah. Contoh yang jelas ialah isu yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum 1989)
Tapi adakah kita sudah terbiasa mendengar tentangnya? Walaupun di belakang setiap buku latihan anak-anak tercetak FPK. Pernyataan falsafah yang indah dan ideal bukan untuk hiasan semata. Tanggungjawab Kementrian Pendidikan ialah untuk menterjemahkannya ke dalam rancangan kerja atau rancangan bertindak supaya hasrat murni falsafah itu dapat dicapai. (Pusat Perkembangan Kurikulum 1989).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas kepada KBSM yang penggunaannya meluas pada tahun 1987 memberikan matlamat baru kepada system pendidikan Negara yang berlainan daripada apa yang diperakukan oleh Laporan Razak (1956) dan Rahman Talib (1960). Namun Falsafah Pendidikan Kebangsaan diketahui umum apabila dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 1989. Contoh, FPK hanya didedahkan kepada staf akademik dari pusat-pusat dan fakulti pendidikan universiti tempatan sahaja yang menyertai sebuah bengkel pendidikan yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki pada akhir tahun 1987. Tetapi pada masa itu KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) hanya diperkenalkan sebagai suatu keputusan. Dalam kenyataannya, masyarakat tidak berpeluang membincangkan keperluan suatu falsafah dalam system pendidikan kebangsaan. Masyarakat juga tidak diberitahu tentang kelemahan-kelemahan matlamat pendidikan.
Satu hal yang harus kita perhatikan juga ialah mengenai kesahihan keseluruhan reformasi pendidikan yang dilaksanakan. Prosedur pelaksanaannya menunjukkan suatu kejanggalan jika dibandingkan dengan prosedur sebelumnya, iaitu system pendidikan kebangsaan hanya akan dilaksanakan setelah dibahaskan di Parlimen. Seharusnya juga memberikan peluang kepada masyarakat; yang membabitkan kesatuan guru, individu, tokoh pendidikan, atau kumpulan dan individu dalam hal ehwal pendidikan Negara.
Sebagai renungan, kita ambil sebuah contoh iaitu Akta Pendidikan 1996 dengan jelas menyatakan bahawa Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum Kebangsaan yang dikenali dengan Kurikulum Kebangsaan (18 (1)) dan Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid (18(1). Tetapi cadangan-cadangan didalam Akta tersbut tidak relevan kerana segala perubahan telahpun dilaksanakan lebih awal melaui KBSR dan KBSM tanpa mendapat mandate dari Parlimen. Dan aspek-aspek yang dibincangkan ini tidak pernah dibahas oleh masyarakat ataupun wakil-wakil yang duduk di parlimen.
Seharusnya, aspek-aspek yang berkaitan dengan ketelusan dan penglibatan massa dalam sebarang isu kebangsaan adalah penting, misalnya yang berkaitan dengan pendidikan. Ini kerana persoalan pendidikan melibatkan seluruh masyarakat dan mereka berhak mengetahui perubahan-perubahan yang hendak dilakukan. Parlimen pula wajar membincangkan serta membuat pengubahsuai yang dianggap perlu. Segala aspek perancangan dan penggubalan yang dibuat terhadap sesuatu subjek hendaklah berlandaskan dasar-dasar yang termaktub dalam sesuatu akta pendidikan yang telah diluluskan Parlimen.
Dan apa yang berlaku masa kini ialah dasar pendidikan yang begitu liberal diamalkan oleh pemerintah. Dalam konteks proses pembinaan bangsa, dasar ini tidak sesuai bagi Negara majemuk seperti di Malaysia. Ini kerana sebagai implikasinya, dasar ini akan melahirkan masyarakat yang terpecah-pecah berdasarkan latar belakang pendidikan yang mereka terima. Contohnya, mereka yang berkemampuan dalam kewangan dan telah mengikuti pendidikan di institusi swasta yang berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sudah tiba masanya kita membina suatu idealogi yang dapat memartabatkan identiti bangsa malaysia. Satu dari pada langkahnya ialah dengan mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa resmi negara yang tunggal dalam erti kata sebenaenya. Ini bermaksud bahasa melayu di gunakan sepenuhnya di sekolah kerajaan ataupun swasta yang meliputi peringkat menengah dan universiti. Penggunaannya juga hrndaklah meliputi semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tidak lagi terpinggir atau menjadi bahasa kelas bawahan.
Apa yang berlaku masa kini ialah dasar pendidikan yang begitu liberial di amalkan oleh pemerintah. Dalam konteks proses pembinaan bangsa, dasar ini tidak sesuai bagi negara majmuk seperti di Malaysia. Ini karena sebagai implikasnya,dasar ini akan melahirkan masyarakat yang berpecah-pecah berdasarkan latar belakang pendidikan yang mereka terima. Contohnya, mereka yang berkemampuan dalam kewangan dan telah mengikuti pendidikan di institut swasta yang menggunakan bahasa inggeris akan membina suatu kelompok baru dalam masyarakat. Bagi mereka yang mengikuti pendidikan melalui bahasa melayu sebagai pengantar juga akan membentuk suatu kelompok yang tersendiri. Masalah peminggiran juga akan berlaku dalam konteks intra dalam kaum itu senduri. Sebagai contoh, murid-murid cina yang mengikuti pndikan melalui institit-institut kerajaan akan berasa terpinggir dalam kalangan kaum mereka sendiri karena mereka tidak dapat menguasai bahasa inggeris , iaitu bahasa yang menjadi lingua franca golongan menengah dan perniagaan masa kini. Keadaan yang sama juga berlaku dalam masyarakat melayu yang mengalami masalah pendidikan yang berlainan. Kelompok-kelompok ini juga merasa di pinggirkan dalam dunia pekerjaan karena jawatan-jawatan yang di iklankan memerlukan kefasihan dalam bahasa Inggeris. Kita tidak perlu membicarakan senario yang mungkin berlaku apa bila mereka menyadari sistem pendidikan kebangsaan telah menghamparkan mereka. Namun, yang jelas semua ini bakal meninggalkan kesan yang tidak baik bagi masa depan negara.
2. Kurikulum
Kurikulum di sekolah telah mengalami perubahan secara sistematik dan perancangan dan pelaksanaannya banyak di gerakkan oleh pusat kurikulum di kementrian pelajaran yang mengandungi ramai pakar yang terlatih. Rata-rata boleh di katakan masyarakat menerima kurikulum yang disajikan sebagai relevan dan sesuai. Di peringkat menengah misalnya pelajar adalah di tawarkan dengan asas-asas keperluan hidup menerusi subjek-subjek dalam kelompok bahasa,matematik, sains,agama dan moral,sastera dan budaya dan kemahiran-kemahiran vokasional dan teknikal. Hari ini, oleh karena pendidikan satu-satunya institusi sosial yang berpengaruh untuk menyediakan pelajar dengan peranan dewasa dan kemasyarakatan, mata pelajaran baru seperti yang berkaitan dengan biologi kesihatan, dengan perhubungan kaum dan aspek-aspek kemasyarakatan lain yang di tawarkan. Begitu juga untuk menyediakan mereka untuk mengahdapi arus globalisasi, maka sekola juga telah di peringkatkan untuk mengajar perkara-perkara seperti keadilan sosial, hak-hak asasi manusia, peranan pertumbuhan-pertumbuhan antara bangsa dan lain-lain.
Di peringkat tinggi kurikulum di tetukan menurut disiplin ilmu dan pengkhususan pelajar dan lazimnya kurikulum di peringkat universiti dan kolej dianggap berkualitijika relevan dengan tuntutan pekerjaan dan pembangunan negara. Biasanya kebanyakan IPTA setiap fakulti meneliti kurikulum yang disediakan dari masa kesemasa, tetapi ini adalah kecil-kecilan dan tidak menyeluruh. Kajian-kajian untuk menilai kurikulum secara menyeluru hanya sekali sekala dilakukan.
Satu kajian misalnya telah dijalankan untuk mendapat maklum balas pelajar tentang kurikulum di UKM dalam tahun 2003. Objektif utama kajian ialah untuk mengkaji kebolehpasaran siswazah di alam kerja, dab seramai 1022 pelajar tahun akhir 343 siswazah menjadi responden. Secara keseluruhan, pelajar berpendapat kandungan kursus –lursus major, kursus-kursus wajib universiti, kursus-kursus liberal dan lain-lain adalah memuaskan dan releven dengan pekerjaan. Program-program yang membentuk aspek kerohanian, sikab dan diri palajar sebagai warga negara dierima secara positif.mengikut fakulti, kurikulum di Fakulti pendidikan, perubatan dan undang-undang dianggap secara relevan dengan pekerjaan berbanding fakulti-fakulti Umum lain seperti Pengajian Ekonomi dan Perniagaan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, dan Sains dan Teknologi. Gambaran untuk universiti-universiti awam yang lain di Malaysia bolehlah dikatakan sama. Dapatan kajian begini secara umum dapat dijadikan petunjuk tentang status kurikulum di peringkat tinggi dan keberkesanannya.
2.1. Kurikulum Persekolahan Di Malaysia Dan Perkembangannya
Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum dilihat sebagai suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan ko kurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani dan rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Dalam kebanyakan literatur, kurikulum ditakrifkan sebagai ”suatu pengalaman pembelajaran terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan (Tannar dan Tanner 1975; Stenhouse 1975; Marsh & Willis 1995; Posner 1995 dalam Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Bagi memastikan kurikulum yang dikembangkan berfungsi sebagai alat mendidik individu yang berkesan, beberapa persoalan perlulah diberi pertimbangan dalam perancangan sesuatu kurikulum, iaitu:
a. Apa objektif pembelajaran yang hendak dicapai?
b. Apakah pengalaman pembelajaran yang boleh mencapai objektif?
c. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh dirancang secara berkesan?
d. Bagaimanakah cara menentukan hasrat pembelajaran sudah tercapai?
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang meliputi nilai-nilai; bahasa dan aspek-aspek merentas kurikulum (nilai-nilai murni, bahasa, pendidikan alam sekitar, pengukuhan patriotisme, sains dan teknologi, kemahiran belajar, kajian masa depan, pendidikan pencegahan dadah, pendidikan keselamatan jalanraya, pendidikan kesihatan keluarga, pendidikan pengguna, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif), pembinaan insan, perpaduan tenaga manusia, bahasa dan budaya ilmu. Nilai-nilai murni tersebut dapat dicapai dengan mengasas, membina dan memperkembangkan pendidikan di atas landasan nilai-nilai luhur dan murni yang diasaskan kepada agama (Tajul Ariffin & Nor’Aini 2002).
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah digubal dan dilaksanakan pada tahun 1982 secara terhad dan pada 1983 semua sekolah rendah diseluruh negara telah melaksanakan kurikulum baru ini. Pada tahun 1993 kurikulum ini telah diperbaiki dan dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dengan beberapa perubahan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula digubal dan dilaksanakan secara secara sepenuhnya ditingkatan I Sekolah Menengah mulai 1989 seterusnya pada 2000 kedua-dua kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah disemak semula dan kurikulum semakan semula ini mula digunakan di tahun I Sekolah Rendah dan Tingkatan I Sekolah Menengah mulai tahun 2001. Dalam sejarah perkembangan pendidikan negara, reformasi kurikulum ini merupakan hasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979.
2.2. Permasalahan Kurikulum Persekolahan Di Malaysia
Semua sekolah di Malaysia menggunakan satu kurikulum yang diseragamkan selaras dengan hasrat Kerajaan yang inginkan satu masyarakat yang seragam dan bersepadu. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), kurikulum prasekolah yang digunakan oleh semua prasekolah diseluruh negara (Kementrian Pelajaran dan swasta) memberikan penekanan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu; pembelajaran yang menggembirakan, pengalaman pembelajaran yang bermakna, serta pendidikan seumur umur. Sebagai asas pendidikan persekolahan, aspek-aspek ini diterap sebagai asas permulaan pembelajaran seseorang individu secara formal.
Prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pula menekankan terhadap pendidikan yang sama untuk semua murid, perkembangan individu secara menyeluruh, pendekatan besepadu dan pendidikan seumur hidup. Prinsip ini berterusan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan kesinambungan pendidikan rendah dan menengah. Kesepaduan unsur intelek, emosi, jasmani dan rohani dan penggunaan disiplin ilmu yang ada. Fokus juga diberikan terhadap pendidikan umum untuk semua pelajar dan penekanan nilai-nilai murni diberi perhatian yang lebih diperingkat ini.
Proses Perkembangan Kurikulum yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan model kitaran yang bermula dengan menganalisis keperluan dan diikuti dengan perancangan, perkembangan, uji rintis, pelaksanaan, penilaian dan seterusnya kembali kepada mengenal pasti keperluan seperti rajah berikut.
Model Kitaran Perkembangan Kurikulum
Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum 2000
Kajian dibeberapa negara menunjukkan tempoh masa kitaran sesuatu kurikulum mengambil masa diantara 5 hingga 10 tahun. Di negara Jepun, misalnya tempoh masa satu kitaran kurikulum yang digunapakai ialah 5 tahun sebelum dikaji semula. Di Malaysia tidak terdapat satu jangka masa yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan persekolahan. Reformasi kurikulum secara sistematik melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila KBSR dilaksanakan pada tahn 1983 dan KBSM tahun 1989. penyemakan semula KBSR dibaut semula pada tahun 1996 dan KBSM pada tahun 2000. Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM dilaksanakan pelbagai perkembangan berlaku dalam kurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Ada beberapa pembaharuan dan perubahan tersebut dilakukan tanpa mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepada ketidaktentuan perancangan, pengembangaan dan pelaksanaan kurikulum berkenaan.
2.2.1. Masalah Kurikulum Untuk Semua
Kurikulum sama yang disediakan untuk semua tidak dapat melayani kehendak dan latar belakang pelbagai pelajar. Kanak-kanak sekolah yang datang dari kawasan pedalaman mempunyai pengalaman yang berbeza dengan kanak-kanak bandar. Andaian-andaian dalam kandungan kurikulum tidak mengambil kira apa yang dibawa oleh murid ke dalam bilik darjah dari segi pengetahuan awal dan budaya mereka.
2.2.2. Proses perancangan dan perkembangan kurikulum
Dalam kerangka dan merancang kurikulum, pelbagai aspek perlu diberi perhatian sebelum sesuatu kurikulum digubal, kebiasaannya mandat daripada pihak atasan perlu diperolehi dan dikaji bagi memastikan kurikulum yang dirangka menepati kehendak negara sebelum dapat dilaksanakan di sekolah.
Peringkat awal dalam proses perkembangan kurikulum ialah asas-asas pertimbangan. Dalam peringkat ini, pihak Kementrian Pelajaran akan mengkaji dan membuat analisis keperluan berdasarkan input yang diterima daripada bahagian-bahagian lain di Kementrian Pelajaran serta institusi pendidikan. Input juga diperolehi daripada pendapat orang ramai serta trend dunia serta dapatan kajian yang dilaksanakan di seluruh dunia. Di samping itu juga input kadang-kadangnya merupakan dasar, arahan atau mandat yang diturunkan Kerajaan kepada Kementrian Pelajaran. Daripada input inilah analisis keperluan dijalankan bagi menentukan kesesuaian dan samaada kurikulum baru perlu diadakan samada dalam bentuk penyesuaian, semakan semula ataupun kurikulum baru secara menyeluruh. Hasil analisis keperluan akan menjadi panduan dalam rancangan pengembangan dan pembangunan kurikulum yang baru ini. Mesyuarat dan perjumpaan serta bengkel diadakan untuk merancang serta menggubal kuirkulum bagi memastikan ianya sesuai dan mantap untuk digunakan di sekolah. Draf kurikulum akan diuji rintiskan dibeberapa sekolah bagi melihat kesesuaiannya. Dalam beberapa situasi, penyebaran terhadap kurikulum yang digubal akan dilaksanakan disekolah-sekolah terpilih bagi melihat keberkesanan dan kesesuaian kurikulum tersebut.
Peringkat seterusnya ialah penyebaran dan pelaksanaan kurikulum tersebut. Di peringkat ini pelbagai sesi kursus dijalankan sebagai usaha untuk menyebarkan kurikulum tersebut. Kursus dijalankan diperingkat pusat dan seterusnya keperingkat negeri, daerah dan secara dalaman di sekolah. Guru-guru yang berpengalaman yang dikenal sebagai juru latih utama dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengikuti kursus yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum secara terpusat. Juru latih ini pula akan menjalankan kursus pula di negeri mereka kepada guru-guru lain yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Setelah kurikulum disebarkan, penilaian dan penyeliaan dijalankan secara beterusan bagi menjamin kualiti kurikulum serta memperbetulkan masalah yang timbul dalam penyediaan kurikulum yang tidak dapat dikesan diperingkat perancangan dan pengembangan. Penilaian dan penyeliaan pada kebiasaannya dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sendiri dan juga oleh Jemaah Nazir Sekolah serta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Peringkat yang paling penting dalam proses perkembangan kurikulum ini ialah kelulusan oleh JawatanKuasa Kurikulum Pusat. Semua kurikulum mata pelajaran sekolah di Malaysia hendaklah mendapat kelulusan ini sebelum ianya dapat digunakan di sekolah. Jawatan Kuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dianggotai oleh ketua-ketua bahagian Kementrian Pelajaran dan beberapa dekan fakulti pendidikan universiti awam terpilih. Sekiranya kurikulum yang dibentang tidak mendapat kelulusan, ianya hendaklah digubal semula bagi menjamin kualiti kurikulum tersebut sebelum ianya dapat disebarluaskan.
Beberapa asas pertimbangan dalam merangka kurikulum, pelbagai aspek perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Dalam penyemakan semula, kurikulum persekolahan pada tahun 2000 aspek-aspek berikut telah dicadangkan:
a. Kurikulum yang relevan
Ialah kurikulum yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan agenda pembangunan kemajuan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Ciri-ciri berikut menjadi asas-asas pertimbangan: prospek baru, bersifat progresif, dinamik dan seimbang, pasaran dan industri, peningkatan kualiti pendidikan, ketatanegaraan dan patriotisme, sains dan teknologi, modenisasi, globalisasi, pekerja ilmu, pendekatan sistemik, pendidikan agama dan akhlak, pengukuhan kemahiran asas 3M dan kemahiran boleh guna, dan kesinambungan pendidikan.
b. Saranan UNESCO mengenai pendidikan alaf baru
Report to UNESCO of the International Commision on education for the Twenty-first Century Learning: The Treasure Within (1996) mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai satu syarat penting untuk menghadapi dunai abad ke-21. Empat asas utama pendidikan yang digariskan ialah: belajar untuk mengetahui, belajar untuk membuat, belajar untuk hidup bersama, dan belajar menjadi insan sempurna.
c. Trend semasa
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) usaha membentuk kurikulum juga memerlukan pertimbangan trend atau aliran semasa yang memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: menyediakan individu yang berkeupayaan akademik dan berkemahiran, menyediakan sumber tenaga manusia ke alam pekerjaan, menerapkan kemahiran generik, membina imej kendiri, memiliki kemahiran literasi maklumat, menguasai kemahiran pemikiran peringkat tinggi, memberi keprihatinan terhadap pemeliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, mengurangkan penekanan ke atas pengetahuan berbentuk fakta membentuk kurikulum berpusatkan pelajar.
Di samping itu, sebagai usaha untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan, kurikulum yang dibentuk perlulah memasukkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran serta strategi pengajaran dan pembelajaran terkini. Dalam usaha memastikan guru-guru memahami dan menggunakan teori serta strategi pengajaran yang dicadangkan ini, Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah menghasilkan modul-modul bagi membantu guru dalam pengajaran mereka. Modul-modul ini merupakan bahan sokongan yang dapat membantu guru dalam pengajaran serta menyokong bahan kurikulum seperti sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
d. Tindak Susul Pelaksanaan
Aktiviti-aktiviti tindak susul amat penting bagi memastikan keberkesanan dan pemantapan sesuatu perubahan. Pemantauan dan penyeliaan khidmat nasihat dan bimbingan yang kerap boleh meningkat motivasi serta moral guru seperti berikut:
● Tindak Susul Peringkat Negeri – pemantauan dan penyeliaan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah boleh membantu guru dalam pelaksanaan perubahan kurikulum. Kekurangan bilangan pegawai, kekangan masa terbiar dan menangani masalah bersendirian.
● Tindak Susul Peringkat Pusat-pengembang kurikulum juga perlu mengadakan pemantauan dan penyeliaan di bilik darjah. Maklum balas hasil pemantauan boleh diguna untuk penambahbaikan proses pelaksanaan kurikulum. Kekangan masa dan kekurangan bilangan pegawai menyebabkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penyeliaan tidak dapat dilakukan dengan sewajarnya.
2.2.3. Penilaian Kurikulum
Bentuk penilaian merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan pelaksanaan kurikulum. Maklumat dari penilaian dan pentaksiran dikumpul untuk tujuan mengumumkan pencapaian pelajar dalam membuat keputusan berhubung dengan perancangan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian dasar pemilihan dan diagnosis, bimbingan dan kaunseling, penempatan, serta pemberian beasiswa dan hadiah. Hasil pentaksiran kini jarang sekali dimanfaat untuk membetulkan kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum berpusat atau pemahaman terhadap impak kurikulum dan pedagogi untuk menggiatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Ramai ibubapa yang masih percaya kepada peperiksaan luar yang tidak mengambil kira kepelbagaian sedia wujud dan akan mempengaruhi pencapaian pelajar mengikut sekolah dan tempat. Banyak telah diperkatakan mengenai peperiksaan tradisional dan ketidaksesuaiannya untuk mengadili pelajar jika terdapat perbezaan dalam merealisasikan ukuran yang sama jika keadaan yang wujud tidak sama. Bentuk pentaksiran yang baru perlu diadakan untuk menilai aplikasi pengetahuan pelajar dalam konteks yang sebenar.
3. Dapatan Kajian Lepas
Beberapa hasil dapatan kajian mengenai kurikulum persekolahan di Malaysia yang pernah diakukan mendapati bahawa:
3.1. Dasar pendidikan yang begitu liberal diamalkan oleh pemerintah tidak sesuai bagi negara majemuk seperti Malaysia. (Haris Md.Jadi 2001)
3.2. Curriculum theorizing in Malaysia is a centralized and systematic process…(William F.Pinar 2003)
3.3. Penghayatan nilai-nilai murni KBSM memerlukan sistem penilaian untuk melihat kesan dari daya usaha guru menerapkan nilai-nilai tsb dalam pengajaran mereka (Mokhtar bin Ismail 1989)
3.4. Ramai pelajar yang tidak mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggris. Tidak semua pelajar yang mendapat peluang yang sama untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris = advantage and disadvantage group = yang akan menciptakan jurang (Juriah Long et al 2007)
3.5. Dalam jangka masa tempoh KBSR & KBSM dilaksanakan pelbagai perkembangan, ada pembaharuan dan perubahan dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum (Sharifah Nor Puteh, et al 2007)
3.6. Apabila kurikulum atau standard kandungan yang sama digunakan, sistem pendidikan tidak akan mencapai kejayaan sasaran untuk menjadikannya lebih demokratik dengan mengenepikan perbezaan individu pelajar dari segi latarbelakang, pengalaman dan minat. Jika ini dapat dipinda, tentunya, keunggulan daripada setiap pelajar akan dapat dimaksimakan (Tetty Henny 2006)
Dari beberapa hasil dapatan kajian tersebut di atas, boleh dipastikan bahawa pengurusan kurikulum persekolahan di negara ini masih lagi mempunyai banyak permasalahan yang harus diselesaikan. Beberapa isu pengurusan kurikulum persekolahan saat ini telah banyak dibincangkan, namun belum lagi terlihat adanya pihak-pihak berwajib mencuba untuk mencari sebarang penyelesaian sehingga masalah tersebut masih lagi muncul sampai pada masa ini.
4. Isu-Isu Pengurusan Kurikulum Persekolahan Di Malaysia
Beberapa Isu Pengurusan Kurikulum Persekolahan di Malaysia yang sedang hangat dibincangkan di peringkat nasional ialah :
4.1. Tidak ada satu jangka masa yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan program pendidikan persekolahan. Bila kita lihat kajian di beberapa negara yang menunjukkan bahawa tempoh masa kitaran sesuatu kurikulum mengambil masa di antara 5 hingga 10 tahun. Di negara Jepun misalnya, tempoh masa satu kitaran kurikulum yang digunapakai ialah 5 tahun sebelum dikaji semula. Di Malaysia pula, tidak terdapat satu jangka masa yang jelas dalam kitaran pengembangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan persekolahan. Reformasi kurikulum secara sistematik melibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM pada tahun 1989. Dimana penyemakan semula KBSR dibuat pada tahun 1996 dan KBSM pada tahun 2000. Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM dilaksanakan, pelbagai perkembangan dan perubahan telah berlaku dalam kurikulum tersebut. Ada pula diantara perubahan itu dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepada ketidaktentuan dari segi perancangan, pengembangan dan pelaksanaan kurikulum berkenaan.
4.2. Kurikulum untuk semua yang tidak dapat melayani kehendak dan latar belakang pelbagai pelajar. Pada hakikatnya perlu kita fikirkan bahawa kanak-kanak sekolah yang datang daripada kawasan pedalaman dan luar bandar tentulah mempunyai pengalaman yang berbeza dengan kanak-kanak di bandar. Bila kita cermati pula, andaian-andaian dalam kandungan kurikulum tidak mengambil kira apa yang dibawa murid ke dalam bilik darjah dari segi pengetahuan awal dan budaya mereka. Ada yang menganggap kurikulum bersifat bias kepada pengalaman di bandar. Ini boleh menimbulkan ketidakselesaan murid dalam pembelajaran sehingga menyebabkan mereka hilang minat dan berhenti berhenti awal dalam persekolahan mereka. Guru pula kurang terlatih menyelesaikan persoalan ini. Semestinya disadari bahawa apa yang diperlukan adalah sokongan dalam menyesuaikan kurikulum dengan iklim dan dunia pelajar dari segi pengalaman dan latar belakang budaya mereka. Bila kita hubungkan dengan pelaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris yang telah mula dijalankan pada tahun 2003 serentak untuk Tahun 1, Tingkatan 1, dan Tingkatan 6 Sekolah Rendah, sebenarnya tidak membawa keberkesanan positif terhadap penggunaan bahasa Inggeris pelajar. Beberapa dapatan kajian menyebutkan bahawa pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mewujudkan jurang dalam penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar daripada pelbagai latar belakang. Dasar pelaksanaan ini mempunyai persamaan dengan dasar deprivation dan elitisme yang diamalkan dalam zaman kolonial dahulu. Sekiranya ia berlanjutan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi akses untuk Pendidikan berkualiti untuk semua rakyat yang ternyata dalam Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001) tidak mungkin tercapai.
4.3. Bagi Malaysia, inovasi kurikulum dipandu kearah berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan. Ini adalah kerana pendidikan merupakan wahana utama ddalam pembangunan dan kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik. Dalam banyak konteks pula, inovasi kurikulum dilakukan melalui pendekatan sistem dan bercorak birokratik oleh peringkat atas/pusat sahaja. Guru pula sebagai pihak pelaksana hanya menerima arahan dan melaksana inovasi seperti yang ditetapkan. Biasanya inovasi bersifat “ideal” yang kadang kala sukar direalisasi diperingkat bilik darjah – akibatnya ialah berlaku gelinciran (slippage) di antara dasar dan pelaksanaan yang sebenarnya.
4.4. Pusat Pengembangan Kurikulum (PPK) sebagai jawatankuasa pengurusan kurikulum persekolahan yang ada di Malaysia masih lagi belum menjalankan tugasnya sbagaimana mestinya.
5. Cadangan
Bagi menyelesaikan persoalan di atas, beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan ialah:
5.1. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, aspek-aspek yang berkaitan dengan ketelusan dan penglibatan massa dalam sebarang isu kebangsaan adalah penting, misalnya yang berkaitan dengan pendidikan. Ini kerana persoalan pendidikan melibatkan seluruh masyarakat dan mereka berhak mengetahui perubahan-perubahan yang hendak dilakukan. Oleh itu, Parlimen pula wajar membincangkannya serta membuat pengubahsuai yang dianggap perlu. Segala aspek perancangan dan penggubalan yang dibuat terhadap sesuatu subjek hendaklah berlandaskan dasar-dasar yang termaktub dalam sesuatu akta tantang pendidikan yang telah diluluskan oleh Parlimen.
5.2. Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada 17 Januari 2007 sebagai satu sistem pendidikan holistik, progresif, bermoral dan Bertaraf dunia dirangka untuk melaksana dan merealisasikan misi nasional. Dalam merealisasikan misi ini, pihak-pihak berwajib (Pusat Perkembangan Kurikulum) perlu menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan sesuai dengan kehendak semasa dan masa hadapan kerana pengembangan kurikulum merupakan satu proses yang tiada penamatnya (curriculum development is a never-ending process).
5.3. Bagi menciptakan kesediaan guru-guru (sebagai pelaksana pendidikan di bilik darjah) dalam mengahadapi sesuatu perubahan kurikulum persekolahan, maka perlu melaksanakan bengkel-bengkel keterampilan untuk tenaga pendidik tersebut disamping melengkapkan prasarana sekolah termasuklah saiz sekolah dan kelas, bahan pelajaran yang cukup, peningkatan kualiti makmal sains dan komputer, serta pendidikan luaran dan dalaman yang seimbang.
6. Kesimpulan
Masalah pengurusan kurikulum merupakan sebuah proses yang tiada habisnya untuk dibincangkan dan dikupas dengan mendalam (curriculum development is a never-ending process) kerana penambahbaikan dan pengubahsuaian serta pemodenan budaya, cara hidup dan cara berfikir masyarakat bergantung kepada pendidikan yang ada. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan kualiti pendidikan Malaysia mampu mengambil tempat diperingkat antara bangsa yang bertaraf dunia iaitu salah satunya ialah dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pula dituntut mampu menyelesaikan persoalan perancangan dan pembangunan kurikulum persekolahan Malaysia. Untuk itu, PIPP diharapkan mampu merealisaikan misi nasional yang tentunya memerlukan kerjasama semua pihak berwajib Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) untuk menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan di negara ini sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa dan masa akan datang.
RUJUKAN
Ahmat Adam. 1994. Academic and Admission Staff Association: Vol. 1. Persoalan Pendidikan dan Pembentukan Bangsa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bakri M. Musa. 2003. An Education Sytem Worthy of Malaysia. Lincoln: Writer Club Press.
Fatimah Saleh, Khadijah Zon & Zurida Ismail. 1994. Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah Pendidikan Holistik dalam jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 12. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Hamzah, M.D. 1993. Penerokaan Teori Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementrian Pendidikan.
Haris Md. Jadi. 1989. Reformasi Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia: Suatu Kritikan dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 10. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Jurioh Long, Khalid Abdullah, Zarin Ismail & Zanaton Hj. Ikhsan. 2007. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mokhtar Ismail. 1989. Penilaian Ciri-Ciri Afektif Dalam Sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah-Satu Pandangan dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 10. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Robert S. Zais. 1976. Curriculum: Principles and Foundations. New York: Crowell Company, Inc.
Robiah Sidin. 2007. Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia: Status Semasa, Isu dan Cabaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. 4-5. Bangi: ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.
S. Howard Nicholls and Andrey Nicholls. 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis. Terj. Dr. Mohammad Daud Hamzah & Dr. Koh tsu Koon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Nor Puteh & Subahan Mohd. Meerah. 2007. Cabaran dan Isu Dalam Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Persekolahan di Malaysia: Satu Analisis Refleksi. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tan Ai Mei. 2002. Malaysian Private Higher Education: Globalization, Privatization, Transformation and Marketplace. England: Asean Academic Press LTD.
William F. Pinar. 2003. International Handbook of Curriculum Research. London: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Zahara Aziz & Khaeruddin Ahmad. 2007. Kurikulum Persekolahan Di Malaysia dan Perkembangannya. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan. Ke Arah Pengukuhan Halatuju dasar Pendidikan Negara. Februari, 2007. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
SEKOLAH DI MALAYSIA
1. Pengenalan
Satu perkara yang menjadi isu nasional saat ini ialah adanya keberagaman kurikulum dan sistem sekolah-sekolah di Malaysia. Pengawasan yang kurang terhadap pelaksanaan kurikulum sekolah telah mencipta adanya masalah; yang mencuba memaksa kesatuan hidup berkebangsaan melalui sebuah kurikulum dan sistem sekolah yang kaku. Hasilnya, tentulah apabila kita mempelajari hal yang sama, tapi kita tidak melaksanakannya secara Sbersama. Artinya jika system yang kita gunakan mempunyai satu “common core” dan membiarkan keberagaman itu berada pada batasannya, maka kita akan mendapati bahawa akan ada elemen-elemen warganegara yang sama yang terabaikan dan dianggap lebih penting dari ras dan budaya kita. Sehingga sampai kinipun, sekolah-sekolah menggunakan “racial line” masing-masing. Sekolah Kebangsaan Malaysia hanya memberikan pelajaran agama pada tingkatan rendah sajaha. Sekolah Kebangsaan Cina pula lebih menekankan pada pencapaian Mao Zedong dan keraguan akan revolusi budaya. Sekolah kebangsaan Tamil yang sama seperti sekolah Tamil Nadu, India. Bagaimanakah kita boleh menghadapi cabaran permasalahaan ini? Dalam mencipta sebuah sistem sekolah dengan satu kurikulum nasional?

No comments:
Post a Comment