KE ARAH RANGKA KERJA ISLAM MENURUT PEMIKIRAN DUNIA: SATU TEORI AWAL
Ulasan oleh
Mohammad Shiham Mahfuz P45653
Pendahuluan :
Kertas kerja ini cuba mencari suatu pandangan dunia terhadap Islam. Ia menarik minat golongan intelektual barat mengkaji pembentukan rangka tamadun Islam kontemporari melalui kaedah dan teori termasuk sejarah, tujuan , jenis dan aplikasinya.
Artikel ini menggunakan suatu analisis tekstual dan pendekatan induktif untuk menganalisa prospek dan merumuskan rangka kerja Islam tentang pandangan dunia dan cara penerapannya. Penyelidik barat banyak membuat analisis mengenai rangka kerja Islam manakala penyelidik Islam tidak membuat kajian tersebut.
Malah manusia sering mencari jawapan tentang kewujudan tuhan dunia ghaib, kehidupan dan alam semesta. Penyelidik dapat memahami bahawa secara rasionalnya dan objektif terhadap soalan tersebut dapat difahami dengan memahami diri sendiri dan alam sekelilingnya serta hubungannya dengan fizikal dan rohaniah.
Kajian ini melihat karya-karya Islam bersama pengembangan linguistik dan semantik epistemologi serta alat-alat untuk menganalisa aplikasinya dalam pelbagai bidang ilmu.
Sehubungan itu pandangan dunia Islam perlu diambil kira. Secara amnya, pandangan seseorang individu, kumpulan, atau pandangan falsafah kehidupan sangat memainkan peranan. Oleh yang demikian artikel ini berpendapat bahawa pandangan dunia islam adalah kolektif yang bersifat wujud di mana umat islam mentafsirkan dan memberi jawapan untuk soalan pencipta, alam ghaib, alam semesta kehidupan kemanusiaan, kenabian, kekhilafan , masyarakat, sejarah dan akhirat tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk pengabdian kepada Allah.
Pandangan dunia (Worldview) dari perspektif barat
Hal pertama yang harus diingat ketika membina rangka yang ingin diutarakan ialah mengenai konsep , istilah dan sebagainya. Untuk mencari konsep ini semantik dan konseptual digunakan untuk membinakan kerangka teori dalam bidang penyelidikan. Oleh yang demikian mempelajari istilah definisi , tujuan kaedah penyelidikan adalah merupakan aplikasi yang penting dalam menentukan kajian yang hendak dilakukan.
Pandangan Dunia (Worldview) Dari Perspektif Islam
Sebenarnya, tiada kajian yang khusus mengenai pembangunan perkembangan dunia dari perpektif sejarah, pemikiran konseptual dalam kontek islam. Manakala teks klasik dan karya-karya kesusasteraan islam tidak mendedahkan secara khususnya mengenai “pengajian pandangan dunia” ia hanyalah sebagai konsep “ pengenalan kepada Islam” sahaja. Semua ini tidak mengandungi konotasi yang sama dan juga mempunyai perspektif yang luas pada pandangan dunia yang bersifatkan pengajian kontemporari.
Kedua merujuk kepada pengkaji muslim kontemporari dalam mengkaji sumbangan terkini, para muslim mendedahkan terdapat usaha untuk membina kursus yang berkaitan dengan kajian dunia mungkin sebagai isu utama. Pembangunan kata dan konsep, objektif, cara serta peralatan yang digunakan untuk kajian dunia telah dimasukkan. Namun usaha ini banyak tertumpu kepada isu dan topik yang biasa dibincangkan dalam kajian dunia. Walaupun ramai sarjana Islam tidak menangani kajian Islamik dunia sebagai satu konsep, mereka banyak menyumbang idea dan buah fikiran tentang pelbagai aspek kajian dunia.
Kajian mendalam tentang pelbagai cabang kajian antarabangsa menunjukkan minat yang tinggi dari kalangan sarjana muslim untuk membuat penyelidikan dalam bidang ini. Namun kebanyakan masih lagi melihat isu pandangan dunia secara am dan tidak membincangkan secara khusus dibawah tajuk pandangan dunia.
Rangka Kerja Ketamadunan Islam
Konsep dan aspek yang penting adalah:
• konsep alam syahadah (nyata) dan alam ghaib
Gambaran 1: konsep kewujudan
• konsep kekhalifahan (istiklaf)
Gambaran 2: Pencipta dan penciptaan
Gambaran 3: Kemanusiaan dan kelayakan
• konsep pengujian (ibtila ')
Gambaran4: dimensi utama daripada kekhalifahan
Ganbaran 5: konsep pengujian
1. Konsep alam syahadah (nyata) dan alam ghaib
Tema utama dalam kerangka islam yang penting adalah prinsip integrasi antara alam syahadah (nyata) dan alam ghaib mencetuskan suatu fenomena yang baru untuk mengetahuinya. Quran merupakan sumber utama membuka jendela keilmuan para intelek dalam memahami suatu konsep yang di kaji.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pengetahuan tentang kewujudan sebenarnya ia merujuk kepada Allah. Penyebab utama kejadian sesuatu, termasuk kejadian alam semesta, kehidupan, kenabian dan sebagainya.
Dalam rangka kerja Islamik, alam nyata dan ghaib bergabung. Pengetahuan yang tidak dilihat merupakan sumber aktiviti intelek yang mana akan menuju ke arah pandangan dunia yang menuju kepada pendedahan. Dengan kata lain, kesemua jawapan dari persoalan pandangan dunia boleh didapai dalam al-Quran.
Pandangan dunia Islam merujuk kepada satu visi penting dalam hidup iaitu yang menangani pelbagai isu dan masalah berkaitan kewujudan dan kehidupan. Pandangan dunia Islam melihat kewujudan sebagai satu aspek penting.
Konsep Kewujudan
Pengetahuan tentang kewujudan merujuk kepada kewujudan Tuhan, kewujudan alam semesta, kehidupan, kemanusiaan, kenabian, kebenaran, sejarah dan hari akhirat. Kesemua aspek ini berkait rapat antara satu sama lain.
Kewujudan kehidupan dan alam semesta mesti dilihat mempunyai makna dan tujuan. Oleh itu kita harus melihat kewujudan benda dan peraturan hidup masing-masing.
Pandangan dunia Islam adalah satu struktur yang komprenhensif yang berkait dengan kewujudan, kosmologi, epistemologi, teologi ilmu ketuhanan, undang-undang, moral, etika dan isu peradaban.
Kesemua persoalan tentang kewujudan mestilah dijawab dengan konsisten, sistematik, tersusun dan tepat supaya boleh mendapat pandangan dunia yang boleh menyelesaikan masalah manusia. Dari pandangan dunia Islam mempunyai sumber yang asli iaitu al-Quran untuk menjawab segala persoalan. Oleh itu pandangan dunia Islam mesti dilihat sebagai struktur pengetahuan yang menyeluruh dan konsisten serta penting untuk pemahaman manusia tentang manusia dan persekitarannya, selain berjaya dalam misi sebagai khalifah Allah dalam menyampaikan petunjuk kepada manusia.
2. Konsep khilafah (Istikhlaf)
Sepertimana yang diterangkan di atas melalui konsep khalifah yang diperkenalkan oleh islam menceritakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
Pencipta dan penciptaannya.
Manusia mempunyai hubungan antara tuhan dengan makhluknya. Dengan perkataan lain ilat mentauhidkan Allah sebagi pencipta. Segala yang berlaku di dunia termasuk alam ghaib mempunyai penciptanya yang maha Agung.
Manusia diberi tanggungjawab untuk memikul amanah mengikut kemampuannya yang berlandaskan syariah islam.
Manusia dan kelayakannya.
Mesej utama yang hendak disampaikan ialah mengetahui visi dan misi serta peranan masing-masing dalam memikul tanggungjawab sebagai khalifah di alam ini.
3. Konsep Ujian (bala / Ibtila’)
Bala merupakan ujian Allah kepada manusia di dunaia ini. Melalui ujian bala ini diturun untuk melihat sejauhmana kekuatan keimanan manusia yang telah diuji oleh Allah. Adakah ia berjaya sebagai khalifah dimuka bumi ini. Konsep ujian meliputi aspek baik dan jahat, nikmat dan kekayaan, kepelbagaian, nafsu, syaitan dan kebimbangan kekurangan makanan, duit dan nyawa.
Dimensi utama daripada kekhalifahan Dengan keadaan yang sedia ada manusia mempunyai matlamat hidup di dunia. Malah dengan pengujian yang dialami menimbul satu dimensi kearah satu nilai kehidupan yang tinggi di kalangan umat manusia disamping kurnia yang melimpah ruah. Inilah nikmat tuhan yang tidak dapat dihitung oleh manusia.
Konsep pengujian.
Konsep ini adalah untuk melihat hubungan antara tuhan dan penciptaan atau makhluknya di muka bumi ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pandangan dunia islam terhadap manusia amat tinggi dan bernilai mengikut fitrahnya sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Malah konsep kekhalifahan ini diakui oleh pengkaji bukan muslim dari sudut tingkah laku manusia, psikologi dan tugasnya tentang adanya tanggungjawab manusia kepada alam ini.
Dalam islam terdapat beberapa peraturan yang tidak boleh dipinda pada dasarnya malah ia mencakupi ruang yang amat luas dalam sesuatu ketetapan. Hal ini terutamanya berkaitan dari segi perundangan ataupun balasan yang setimpal dengan segala perbuatan baik buruk , jenayah , kehidupan harian dan integriti manusia dengan manusia .
Semua ini sudah termaktub dalam kitab suci quran. Tujuannya adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini.
Kesimpulan:
Pandangan dunia Islam dengan membuka jendela ilmu untuk menggalakkan manusia berjaya dalam kehidupan dan juga sebagai insentif untuk muslim berjaya sebagai khalifah, antara misi dan visi yang hendak dinyatakan di sini ialah:-
Pertama: Misi dan visi kehidupan menerangkan secara khusus kornologi yang berlaku. Malah dengan adanya fakta kebenaran dari quran menerangkan sesuatu benda yang tidaka dapat dilihat .
Kedua: Misi dan visi kehidupan menerangkan tentang prinsip-prinsip yang perlu diketahui dalam membincangkan isu kewujudan dan kehidupan.
Ketiga: Islam menerangkan konsep ketuhanan yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan iman.
Keempat: Manusia memerlukan sistem dan etika duntuk meneruskan kehidupan harian.
Kelima: Undang-undang perlu bagi menguruskan kehidupan manusia tanpanya kestabilan kehidupan akan dirosakkan .
Keenam : Pandangan dunia Islam memberikan visi ketamadunan yang membantu penduduknya mencapai kesempurnaan dalam hal harta, sosial, budaya, ekonomi, politik dan nilai-nilai murni
Oleh yang demikian kajian dunia Islam tidak merendahkan keupayaan manusia dan kebolehan untuk berfikir yang melihat aspek visi kehidupan Islamik dari segi sosial dan tamadun. Malah manusia perlu merujuk sesuatu dari quran untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Wallahuklam.
No comments:
Post a Comment