Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium
Perbincangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Islam
Abdul
Jamir Md Saad
Ab. Halim Tamuri
Mohd Alif Nawi
Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohammad
Shiham Mahfuz
Kolej
Mara Banting, Selangor
Abstrak
Penggunaan Media
sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan
hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies
(ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat
penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
prestasi. Oleh itu, ianya harus
dimanfaatkan bagi semua pendidik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) khususnya dalam mempelbagaikan kaedah P&P dan menjadikan P&P
yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam
kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa
sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk
mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun demikian, perbincangan
sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama
pelajar tidak berlaku. Jesteru pengkaji ingin menghuraikan tentang Penggunaan media sosial sebagai
medium perbincangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan IslamPendekatan
ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam aktiviti dengan secara
aktif serta membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan
kolaboratif semasa menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang sesuatu
perkara. Di samping itu juga motivasi
pelajar terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara tidak
langsung melalui penggunaan laman
sosial. Justeru itu, pembelajaran yang berkesan akan berlaku disamping dapat meningkatkan lagi minat dan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Kata kunci : Media
Sosial, Pendidikan Islam, Kaedah Perbincangan, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
& Pembelajaran Berkesan.
Pengenalan
Penggunaan
teknologi dalam pendidikan bukan suatu perkara yang asing lagi pada masa kini. Penggunaanya
boleh membantu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, di samping dapat
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
lebih menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan
menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah
yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat
menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun
begitu, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi
yang berkesan sesama pelajar tidak berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti
kekangan masa, sifat malu pelajar serta rasa rendah diri. Jesteru penulisan ini akan membincangkan
aplikasi penggunaan facebook sebagai medium perbincangan yang efektif dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
agar dapat meningkatkan kefahaman dan memotivasi dalam pengajaran.
Pendidikan Islam Di Era ICT
Pendidikan
Islam tidak boleh dianggap sebagai mata pelajaran yang hanya membincangkan
persoalan berkaitan ibadah dan hukum semata-mata (Tajul Ariffin Noordin, 1993).
Guru Pendidikan Islam (GPI) seharusnya mengintegrasikan ilmu Wahyu dengan ilmu
akal, memberikan nafas baru dalam pengajaran Pendidikan Islam sesuai dengan
pandangan Ibnu Khaldun (2000) kemajuan peradaban perlu dimanfaatkan dalam
pengajaran. Pendidikan Islam seharusnya diajar berdasarkan pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan keperluan, kesediaan dan persediaan sedia ada
dengan cara dan mod baru (Ibnu Khaldun, 2000: Abd Ghani & Norhashimi 1997). Pendidikan
merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu.
Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya.
Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial.
“Manusia mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan
cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan
menyesuaikan diri dalam kelompoknya” (Musa 1986). Keseimbangan antara
ketiga-tiga aspek itu (roh, akal dan jasmani) merupakan sifat insan saleh.
Keseimbangan itu akan melahirkan insan yang sempurna sifat
kemanusiaannya, melahirkan keseimbangan dari segi
keimanan kepada alam yang wujud dan alam yang ghaib. Keseimbangan itu
juga akan melahirkan keseimbangan dalam kehidupan
sama ada
dari segi politik, ekonomi,
kemasyarakatan dan semua kegiatan hidupnya. Firman Allah
dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143 :
Maksudnya:“Dan begitulah Kami menjadikan kami (umat
Muhammad SAW ) ummah yang adil (pilihan) agar kamu menjadi
saksi di akhirat kelak ke atas umat yang lain dan Rasulullah
SAW menjadi saksi ke atas kamu.”
Keistimewaan sistem pendidikan Islam ialah kemampuannya
untuk melahirkan insan soleh yang memiliki sifat-sifat ijabiah (positif)
yang menguasai setiap tindakannya di dalam kehidupan di muka bumi ini. Namun,
tidak dinafikan sifat-sifat salbiyah (negatif) seorang
muslim sering cuba mempengaruhinya. Bagaimanapun, hasil pendidikan
Islam yang bersepadu meliputi ketiga-tiga komponen di atas menjadikannya
mampu bertindak positif atau menghasilkan tindakan yang positif di
dalam semua keadaan.
Manusia adalah makhluk yang mempunyai
pelbagai persediaan. Ada yang bersifat positif dan ada pula yang bersifat
negatif. Sekiranya persediaan tersebut dibiarkan
tanpa kawalan, bimbingan dan didikan yang mengambil kira
ketiga-tiga aspek keinsanan itu, maka natijahnya akan
berlakulah ketidakseimbangan dan akan lahirlah sifat-sifat
yang kadangkala positif dan kadangkala negatif. Dengan perkataan lain
lahir sikap ‘double standard’ dalam tindakannya. Dalam sistem pendidikan
Islam, makhluk insan mempunyai jisim dan roh, hati dan akal,
perasaan dan jasad. Seseorang muslim tidak akan berjaya,
merasai bahagia dan tidak membangun secara adil dan saksama melainkan
setelah semua unsur diberi hak pendidikan yang sama rata dan adil pula.
Kehebatan teknologi yang wujud pada era
sekarang harus dipandang sebagai satu kelebihan untuk dimanfaatkan bagi mereka
yang bergelar pendidik dan pendakwah
bagi mengembangkan Islam pada zaman ICT
ini. cara dan pendekatan dakwah dan penyampaian ilmu mesti bersesuaian dengan
cabaran dan situasi semasa. Bertitik tolak daripada itulah, zaman teknologi
maklumat tanpa batasan ini perlu diambilkira dalam aspek penyampaian risalah
Allah S.W.T. Dalam sifat yang lebih global, perkembangan teknologi menjadi
pemangkin dalam usaha penyebaran dakwah melalui pelbagai wahana yang disediakan
oleh teknologi. Contohnya aplikasi internet, drama, filem dan iklan, animasi,
radio, televisyen dan banyak lagi aplikasi terkini yang terlalu mudah untuk
dicapai. Persoalannya, bagaimana untuk menggunakan medium tersebut agar ia
berkesan dalam penyampaian ajaran Islam dan lebih daripada apa yang sekadar
dipaparkan. Sebaliknya mempunyai unsur-unsur dan mesej-mesej yang sesuai dengan
realiti dan kehendak sebenar masyarakat Islam ( Norkumala, 2009 )
Perlu
ditegaskan bahawa dalam persekitaran budaya berpengetahuan dan berkomunikasi
yang meningkat ditahap global melepasi sempadan-sempadan negara dan local, ICT
merupakan unsur penting yang tidak boleh diketepikan oleh sektor pendidikan di
mana-mana negara dalam era pendidikan abad ke-21. Pelajar-pelajar dalam sistem
pendidikan yang dapat menguasai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
akan mempunyai kelebihan yang lebih jauh daripada mereka yang tidak mempunyai
kemahiran-kemahiran berkenaan. Justeru itu juga negara dan masyarakat yang
dapat menguasainya, sama ada dalam penggunaan untuk aktiviti pengeluaran
mahupun dalam aspek penggunaan dalam aktiviti perkhidmatan secara bijak dan
berkemahiran tinggi akan terkehadapan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang
berasakan pengetahuan dan ilmu pada abad akan datang. Dunia pendidikan sangat
mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk
meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini
tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran
dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh
membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran
teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media
pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh dari media lain
sebelum ini. Menurut Norkumala (2009), teknologi membuka
ruang kepada penyebaran maklumat mengenai agama dengan lebih pantas dan
berkesan. Namun, jumlah penyebaran maklumat yang banyak tidak dapat menjamin
mutu kefahaman tentang agama. Jesteru peranan pendidik amat penting sebagai murabbi
atau pemantau terhadap maklumat di
internet dari semasa ke semasa supaya tidak ada maklumat yang mengelirukan
ataupun memesongkan akidah yang boleh mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan
umat Islam. Di samping itu, tuntutan kepada pendidikan dan panduan asas perlu
diberikan kepada para pelajar disertakan dengan peranan pengawasan daripada ibu
bapa terhadap perisian yang ada pada
masa kini. Ia merupakan satu solusi untuk membentengkan masyarakat muda dalam
kepincangan pencarian maklumat kini.
Kesimpulannya
Pendidikan
Islam di era ICT harus mengambil kira kemajuan dan teknologi yang semakin
berkembang kini. Teknologi sentiasa berkembang dan harus difikirkan bagaimana
untuk mengembangkan kesedaran masyarakat dalam mengintergrasikan pembangunan
ICT dengan pembangunan insan. Namun kemajuan dalam ICT dianggap gagal sekiranya
tidak berjaya menghubungkan manusia
dengan Allah. Oleh itu, manfaat daripada perkembangan teknologi perlu digunakan
dalam usaha untuk mendekati masyarakat
pada masa kini yang mengharapkan natijah akhirnya adalah pembangunan
jiwa ummah. Jesteru perlu dimanfaatkan
penggunaan teknologi perlu secara seimbang dan bijaksana. Pendidik
dialaf baru haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang
berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan
bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah
seseorang pendidik dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan generasi muda yang
berfikiran kriitis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani
serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama
dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan
Negara.
Media Sosial
Dan ICT Dalam Pendidikan Islam
Penggunaan Media sosial dalam pembelajaran
adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem
pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses
ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk
kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan
maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam konteks dunia
hari ini teknologi maklumat konvensional seperti akhbar, teievisyen dan radio telah
menjadi agen utama kepada perhubungan dan penyebaran berita masayarakat. Namun
dengan perkembangan arus globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)
sekitar tahun 1960-an, jaringan internet mula menjadi media alternatif
menggantikan yang arus perdana seperti teievisyen dan radio. Internet atau
lebih spesifik dikenali sebagai World Wide Web (www) yang ditawarkan
melalui komputer telah membawa implikasi yang besar dalam perkembangan dunia
komunikasi malah diklasifikasi sebagai media sosial yang pantas berkembang (Nur
Azween Zakaria & Nidzam Sulaiman, 2008). Internet telah menjadi semacam “agama
sosial” bagi abad ke-21 dan buat abad-abad masa depan, yakni mengambil alih
kepercayaan yang sama yang pernah diberikan pada televisyen sebaik mesinnya GE
Octagon dicipta pada tahun 1928 dan di sepanjang abad 20, ketika budaya
penghidupan manusiawi dibentuk dan terbentuk dari kesan-kesan pengaruh yang
terpancar melalui skrin kaca ini ( Abu Hasan, 2008).
Penggunaan komputer dan internet mula
bertapak di arena pendidikan dengan memperkenalkan alat pandang dengar, radio
pendidikan dan TV pendidikan. Alat pandang dengar mula diperkenalkan pada tahun
1949. Tujuannya ialah untuk pembinaan dan penerbitan bahan bantuan mengajar,
membekalkan maklumat dan lain-lain. Namun begitu radio pendidikan lebih awal
mempeloporinya iaitu pada tahun1946 di bawah Jabatan Penyiaran, Kementerian
Penerangan. Pada tahun 1972 Kementerian Pendidikan telah mengadakan stesyen
atau siaran televisyen pendidikan bagi
tujuan memodenkan pengajaran
sehinggalah penggunaan komputer dan internet diperluaskan pada tahun
awal 1990-an (V. Pang, 1992 ). Teknologi komunikasi dan maklumat
dianggap sebagai media sosial
yang menyalurkan serta menyediakan pelbagai maklumat kepada massa.
Menurut Shaikh Mohd Saifudden (2002),
teknologi yang dikenali sebagai ICT ini
sebenarnya adalah rangkuman dua kompenen teknologi iaitu “teknologi
maklumat” dan “teknologi
komunikasi”. Teknologi maklumat merujuk kepada kaedah untuk menyimpan ,
memproses dan menganalisis data sehingga
menjadi maklumat yang berguna. Manakala teknologi komunikasi pula ialah
sebagai kaedah untuk menyampaikan data dan maklumat dari seseorang kepada
seseorang yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu,
jelaslah berdasarkan huuraian ini ICT adalah teknologi yang memberi
kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi dan memperolehi maklumat.
Teknologi maklumat dan komunikasi semakin
berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan Internet. Media sosial
ini bukan hanya “perpustakaan maklumat” untuk memudahkan pengedaran
maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu. Media ini juga
merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Tambahan pula, dengan
teknologi Web 2.0, bentuk penggunaan Internet telah berubah dan banyak yang
boleh dilakukan dengan media sosial ini (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah
Hamzah, 2010). Ini secara tidak langsung menunjukkan media sosial sekarang
lebih bersikap mudah untuk menggunakannya atau mesra pelanggan. Secara tidak
langsung, perkembangan ini berjaya menarik lebih ramai pengguna
mengaplikasikannya. Oleh sebab itu Levinson (2009) menyebutnya sebagai “new
new media” lebih sosial daripada media sosial yang menunjukkan perbezaan
berbanding media sosial klasik seperti e-mel dan laman web. Media ini bukan
hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban dan berasaskan teks, tetapi
kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan
kandungan media dan menyediakan kemudahan interaksi antara pembaca dengan penulis.
Data daripada Internet World Stat (www.internetworldstats.com)
menunjukkan jumlah pengguna media sosial ini meningkat saban tahun. Antara
tahun 2000 hingga 2009, statistik menunjukkan peningkatan pengguna Internet di
seluruh dunia 339.3% dan 42.4% pengguna Internet adalah dari Asia. Malaysia
tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 16.9 juta pengguna pada tahun
2009.Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web
yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati
oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Untuk pemerhatian ini,
penulis hanya paparkan 10 laman web teratas sahaja :
Ranking
|
Senarai
Laman Web
|
1
|
facebook.com
|
2
|
google.com.my
|
3
|
yahoo.com
|
4
|
google.com
|
5
|
youtube.com
|
6
|
blogger.com
|
7
|
live.com
|
8
|
wikipedia.org
|
9
|
msn.com
|
10
|
myspace.com
|
Jadual 1 : Paparan 10 laman web teratas yang sering
dilawati oleh pengguna-pengguna
Internet di Malaysia
Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas
menunjukkan bahawa pengguna-pengguna internet di Malaysia lebih cenderung
melayari laman-laman web yang berunsurkan media sosial. Perkara ini lebih jelas lagi apabila
statistik dari laman web
socialbakers.com melaporkan, jumlah
pengguna laman sosial facebook di
Malaysia kini melebihi 12 juta orang. Jumlah ini semakin meningkat dari semasa
ke semasa.
Menurut Kajian Norizan et al (2010)
penggunaan laman sosial facebook menjadi semakin popular di Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar
bandar. Ini kerana, kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband,
Streamyx, P1 Wimax dan Unifi semakin melauas dikalangan masyarakat telah
berkembang kepada peningkatan pengguna di negara ini. Mengikut statistik socialbakers.com lagi, pengguna laman sosial facebook yang
tertinggi di Malaysia adalah terdiri
dari kalangan yang berumur 18 tahun – 24 tahun. Perkara ini dapat
dilihat menerusi jadual di bawah.
Rajah 1
Statistik umur pengguna Facebook di Malaysia. (Sumber: socialbakers.com)
Jesteru para pendidik harus memanfaatkan
peluang ini dengan mempelbagaikan bahan-bahan ilmiah dalam media sosial agar dapat dimanfaatkan
oleh pengguna bagi tujuan pembelajaran. Para pendidik juga harus memanfaatkan
ruang-ruang perbincangan dalam media sosial supaya dapat digunakan sebagai
kaedah P&P bersama dengan pelajar. Perkara ini disokong oleh Wan Zah Wan
Ali (2009) dengan menyatakan bahawa dalam perkembangan ICT masa kini, tidak
dapat dinafikan komputer dan internet
mempunyai kesan yang besar kepada sesebuah negara. Perkembangan yang
berlaku ini tidak harus disia-siakan oleh guru Pendidikan Islam dalam
meningkatkan prestasi pengajaran mereka seterusnya mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi menarik minat
pelajar terhadap Pendidikan Islam.
Teknologi maklumat dan komunikasi telah
mengubah cara manusia bekerja. Ia juga dapat mempermudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja
pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Becker (1991) menyatakan “empayar
di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda”. Untuk mengembangkan
pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran
teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan,
mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan
motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan
nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan
membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Menurut Ab.
Halim et al. (2006), sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang
diintergrasi dengan penggunaan komputer membolehkan pelajar menggunakan
pengkalan atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai
masalah. Data dapat di manipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa
perspektif, membuat tekaan serta mengujinya. Keupayaan multimedia membolehkan
pelajar menerokai idea mereka dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan
bunyi dalam dokumen mereka. Menurut Ab. Halim et al. (2006) lagi, pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam akan menjadi lebih menarik, bermakna dan
menyeronokkan jika guru menggunakan pengkalan data untuk mengajar tentang
kenabian dan kerasulan, peperangan dalam Islam, sejarah Al Quran dan juga
hadis.Melalui teknologi terkini, pelbagai laman web tempatan yang dibangunkan
khusus untuk pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan Teknologi
ICT
& Media Sosial Menurut Pandangan Islam
Teknologi adalah ilmu
kurniaan Allah S.W.T kepada manusia untuk menguji manusia samada mereka dapat
menggunakan pemberian Allah ini kearah kebaikan dan keburukan. Setiap sesuatu
yang dijadikan oleh Allah S.W.T semestinya ada baik dan ada buruknya. Merujuk
kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu
proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan
urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi
serta ciptaan sosial terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan.
Oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa
yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau sosial. Tidak ada hukum
sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta
jelas menyatakan sesuatu itu haram. Ini menunjukan Islam adalah agama yang
sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam
peradaban.Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu
pengetahuan.
ICT banyak berhubung kait dengan konsep ilmu
pengetahuan di dalam Islam (Abd Hadi Borhan, 2012). Islam sebagai sebagai satu
cara hidup yang lengkap serta
merangkumi segala aspek kehidupan manusia untuk kebaikan dunia dan akhirat
sudah semestinyalah menitiberatkan soal ilmu pengetahuan. Begitu banyak
ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis nabi yang menekankan akan soal kepentingan ilmu pengetahuan. Penekanan
terhadap ilmu pengetahuan menunjukkan
agama Islam sentiasa membentuk umatnya dengan keintelektualan (Hoffman 1997
dalam Abd Hadi, 2012 ). Wahyu pertama yang
diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan
daripada Allah S.W.T agar umat manusia
membaca. Ini menunjukkan ruang lingkup ilmu pengetahuan dalam
Islam adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub
bidang. Tidak terkecuali ilmu
yang berhubung kait dengan teknologi maklumat
dan komunikasi juga merupakan salah satu
daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-alaq 96 :1-5 :
Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah
beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.
ICT
telah membolehkan proses pembelajaran, pencarian maklumat dan perhubungan
berlaku dengan begitu pantas dan mudah sekali. Satu kompenen utama ICT ialah
teknologi komunikasi. Sekiranya kita mengkaji al-Quran, kita akan
mendapati terdapat banyak ayat-ayat
al-Quran yang menceritakan tentang manisfestasi
awal komunikasi yang dilakukan oleh manusia. Dengan lebih tepat sekali
ialah bagaimana Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s berkomunikasi dengan
makhluk-makhluk Allah S.W.T yang lain
seperti yang disebut di dalam al-Quran (Shaikh Mohd Saifuddeen, 2002). Usaha
untuk melibatkan aktiviti mengumpul maklumat, menganalisis dan mengembangkannya
juga
boleh dilihat sebagai contoh dalam
perbincangan berkaitan dengan pembukuan Al-Quran, pengumpulan hadis dan hasil
dari perbincangan berkaitan Ijma’, Qias dan Ijtihad. Jelaslah di sini bahawa kemajuan teknologi dan
komunikasi bukanlah sesuatu yang baru dari perspektif Islam. Namun terdapat
perbezaan yang seringkali manusia
tersasr dalam menginterpretasi dan mengukur secara objektif antara peranan
agama dan alat. ICT dan media sosial hanyalah alat penghubung bagi penyebaran maklumat kepada
individu ataupun kelompok yang tidak
dapat menandinggi keunggulan komunikasi wahyu dalam sejarah rasul (Abd
Hadi Borhan, 2012).
Islam
amat menekan etika dan prinsip dalam
berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT dan media sosial juga
perlu disandarkan kepada etika dan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam.
Antaranya ialah berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat. Perkara
ini ditegaskan oleh Allah S.W.T
berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam sural Al Hujrat 49:6:
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
Berdasarkan
ayat tersebut, jelas memperlihatkan bahawa Allah S.W.T. menyuruh umat Islam
menyelidiki terlebih dahulu sumber dan maklumat yang diterima untuk menentukan
kebenaran maklumat demi menjaga keharmonian masyarakat dari terjebak ke dalam
sesuatu musibah hasil dari penyebaran maklumat yang salah. Al-Quran telah
menegaskan tentang prinsip berkomunikasi hendaklah besandarkan kepada semangat
persaudaraan (ukhuwwah) sebagaimana yang ditekankan dalam ayat di atas.
Islam juga mengingatkan prinsip dalam
berkomunikasi agar tidak menyakiti atau
menghina pihak yang lain keranatindakan itu boleh menyebabkan implikasi yang
tidak elok terhadap agama. Diri, keluarga, masyarakat dan negara. Perkara ini
ditegaskan dalam al-Quran dalam surah
al-Hujurat 49 :11 :
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia
beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan
fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Jesteru
penggunaan teknologi ICT dan media sosial masih tertakhluk kepada
peraturan dan hukum yang dibenarkan oleh
Islam. Tujuannya adalah untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam
dalam sistem P&P, Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari
laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa
batasan, tentu suatu kesalahan yang besar jika kita menyalahkan medianya.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan perlu menghindari unsur-unsur maksiat
yang boleh menghilangkan cahaya ilmu seperti pornografi, ideologi yang
bercanggah dengan agama, pendedahan aurat, iklan yang merosakkan serta perkara
melalaikan. Kerana ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak
akan bersama pelaku maksiat. Penggunaan teknologi perlu disertakan dengan
elemen kerohanian dan dakwah kerana teknologi yang melalaikan manusia dari
mengingati Allah S.W.T tidak bermakna di sisi Allah. Justeru, setiap mata
pelajaran perlu disertakan dengan perbincangan yang meningkatkan iman seperti
betapa hebatnya Allah menyusun ilmu matematik, betapa bijaknya Allah S.W.T
memberikan akal dan ilham kepada manusia sehingga membolehkan manusia itu
menciptakan sesuatu teknologi. Berdasarkan perbincangan di atas, dapat
dinyatkan bahawa teknologi ICT dan media
sosial dapat dimanfaatkan untuk kebaikan agama Islam. Ia mereupakan teknologi
penghubung capaian maklumat di seluruh
dunia yang dapat dicapai dengan pantas dan mudah. Jesteru sekiranya
ia diguna
untuk tujuan kebaikan maka akan beroleh hasil kebaikannya, sebaliknya pula
sekiranya diguna untuk tujuan kejahatan dan keburukan maka
hasilnya pastilah kerosakan dan keburukan. Manfaatkanlah
teknologi agar ianya dapat memperi impak yang besar dan lebih berkesan khusunya dalam dunia Pendidikan Islam.
Kelebihan
Penggunaan Media Sosial Dalam
Pembelajaran Pendidikan
Islam
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam semakin penting pada masa kini. Cara yang paling
berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya alat
untuk membantu kerja-kerja pendidik supaya menjadi lebih mudah dan berkesan.
Secara tidak langsung, produktiviti
dapat dipertingkatkan serta pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara di luar kemampuan manusia
(Musa Muhamad. 2001). Kehadiran teknologi multimedia dan internet adalah anugerah istimewa kepada dunia
Pendidikan. Aktiviti pendidikan menjadi lebih berkembang, cepat dan berkesan
dengan adanya teknologi seumpama ini. Keupayaan menghantar, menerima dan
memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui
perantaraan antara guru dan pelajarnya
sahaja, malah boleh dilakukan dengan
menggunakan komputer dan bilik-bilik kelas bukan lagi disempadani batu-bata dan
kayu, sebaliknya boleh dilakukan menerusi
alam maya. Hal ini kerana,
masyarakat sekarang banyak bergantung kepada alat-alat elektronik dalam
kehidupan mereka.
Penggunaan
komputer dan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran juga memberi
satu suasana yang fleksibel. Pelajar boleh berhubung dengan guru dan rakan
dalam bentuk serentak (synchronous)
dan tertangguh (asynchronous) melalui ruangan perbualan (chat)
atau surat eletronik (e-mail). Ini bermakna pelajar mempunyai ruang
untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Perbincangan secara maya
membantu pelajar bertukar-tukar pendapat dengan selesa tanpa kekangan masa dan
ruang. Pangkalan data di dalam komputer boleh
menyimpan pelbagai maklumat yang mudah untuk dicapai oleh para pelajar
pada bila-bila masa dan di mana jua
mereka berada sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah (Jamaludin, 2005).
Terdapat beberapa kelebihan penggunaan
media sosial dalam pembelajaran Pendidikan Islam antaranya menjadikan pelajar tidak hanya
perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Pelajar masih boleh
berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum- forum perbincangan, email,
facebook dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga mudah menghubungi rakan
sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi
secara online terutamanya melalui forum perbincangan dalam facebook
dan emailgroup. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau
berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta
berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web.
Menurut Muhammad Haron Husaini et al. (2010) penggunaan teknologi menjana minat
pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar
yang mempunyai kelemahan dalam aspek pengajarn yang tertentu.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakan media
sosial adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses
ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada
penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat
ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Perkara Ini disokong oleh
(Abdul Razak Abdul Mutalib & Ezry Fahmy Eddy Yusuf, 2009) yang menyatakan
bahawa Media massa bentuk baru ini telah diiktiraf sebagai salah satu medium
untuk menyampaukan maklumat pada masa terkini. Gambaran maklumat dan informasi
yang dipaparkan berupaya mempengaruhi minda, pemikiran dan seterusnya kepada
tindakan tertentu. Dalam dunia pendidikan semua ahli akademik mesti menguasai
teknologi maklumat terkini dan para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Robiah & Nor Sakinah (2007)
berpendapat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan
dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Hal ini memberikan pendedahan
kepada guru Pendidikan Islam tentang proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan teknologi masa kini khususnya media sosial yang seringkali menjadi
media yang popular generasi masa kini.
Sidek Ab Aziz (2009) menjelaskan
e-pembelajaran juga didefinasikan sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan
model pembelajaran yang dapat menukar cara seseorang memperolehi kemahiran dan
menambahkan pengetahuan yang baru dan ia juga dapat dikatakan sebagai integrasi
teknologi maklumat kedalam system pembelajaran yang dapat digunakan tanpa
terhad kepada faktor tempat dan masa. Pengajaran berasaskan laman web merupakan
alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai potensi untuk menghasilkan
pengajaran yang lebih bermakna.Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web
mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensionaldan
penggunaannya melalui laman web yang berkaitan dengan maklumat topik akan
memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat rujukan tanpa mengira masa dan waktu.
Lambakan maklumat yang terdapat didalam internet boleh dimanafaatkan oleh guru
dan pelajar dalam kebijaksanaan memilih bahan-bahan yang bersesuaian untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (Md Yusuff Daud et al,2006).
Kaedah pembelajaran dengan mengaplikasikan
media sosial membolehkan pelajar mencari
maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan
mudah. Nota atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan
diperoleh melalui Web dan media sosial
di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa serta dapat
meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dlam ingatan. Ini kerana
pengunaan media sosial dan pelbagai media yang dinamik membolehkan sesorang
memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan
informasi yang diterima ke ingatan untuk jangka masa yang panjang. Kajian
saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah
dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan mengunakan
pelbagai jenis media seperti audio,grafik terutamanya laman web sebagaimana
dinyatakan oleh Latifah Sidek et al.(2010). Dalam konteks semasa, pelbagai isu
agama khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, boleh kita peroleh dengan
mudah dan pantas. Setidaknya dengan
kemunculan internet, medium untuk mempelajari agama juga bertambah. Namun demikian dalam mempelajari agama
bimbingan seorang guru tetap diperlukan
untuk menghindari kemungkinan kita mengikuti ajaran yang sesat dan tidak
berlandaskan dengan lunas-lunas agama yang betul. Ini disebabkan kandungan ilmu
tentang agama Islam mempunyai pelbagai mazhab dan aliran yang disebarkan dalam
alam maya ini.
Penggunaan aplikasi Internet memberikan wadah
baru atau inovasi baru kepada guru untuk menarik minat pelajar membaca dan
mengumpulkan maklumat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Descy (1998), terdapat empat kelebihan
penggunaan laman web dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran:
i.
Penghantaran maklumat
menjadi mudah dan membolehkan pelajar yang memerlukan maklumat menyalin
dan menyimpannya.
ii.
Bahan yang ditawarkan melalui laman web mudah untuk
dikemaskini berdasarkan perkembangan semasa.
iii.
Bahan yang diberi kepada para pelajar mudah untuk dikawal
melalui kata laluan tertentu.
iv.
Perisian yang menggunakan laman web tidak memerlukan
platform yang khusus. Pengguna boleh menggunakan komputer biasa berdasarkan
aplikasi windows.
Sebelum era teknologi internet
berkembang, ajaran Islam boleh kita dapatkan melalui pengajian di masjid, TV
atau radio yang lazimnya perlu mengikut waktu dan jadual yang telah
ditetapkan.. Sumber agama melalui majalah pula ada ketikanya liputan isunya
agak terbatas. Begitu juga dengan
buku-buku Islam yang mengambil banyak masa untuk mencarinya (Umar & Samsudin 2011). Dengan banyaknya
laman web mengenai keagamaan, perkara ini dapat memudahkan para pengguna
internet mengakses mana-mana maklumat yang mereka perlukan.Dengan kemudahan
yang dapat diperoleh daripada internet, waktu bukan lagi menjadi alasan untuk
tidak mempelajari ajaran agama. Antara kelebihan penggunaan media sosial untuk
pembelajran kepada pelajar adalah
seperti berikut :
i.
Menggalakkana pembelajaran secara bebas dan aktif serta meningkatkan tanggungjawab kendiri di kalangan
pelajar.
ii.
Pelajar dapat mengakses internet atau
media sosial tanpa mengira masa dan tempat.
iii.
Dapat meningkatkan motivasi pelajar
untuk menggetahui maklumat secara lebih mendalam dan tidak hanya terikat kepada
kurikulum sahaja.
iv.
Dapat memperkembangkan gaya
pembelajaran aras tinggi.
v.
Pelajar dapat mencari pelbagai sumber maklumat tanpa batasan dengan
tempoh waktu yang singkat.
vi.
Dapat mempertingkatkan keyakinan,
kefahaman serta kemahiran analitikal dikalangan pelajar.
vii.
Dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan
pelajar supaya berlumba-lumba mencari maklumat sebanyak mungkin.
viii.
Pelajar dapat menghubungi guru atau
rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka
hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan.
Bagi menjayakan penggunaan ICT dan aplikasi media sosial dalam bidang
pendidikan, penglibatan semua pihak dari pihak pentadbiran atasan hinggalah
peringkat bawahan perlu memainkan peranan serta haruslah bekerjasama dan
berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam
usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Sekarang
sudah tiba masanya para pensyarah dan guru menggunakan kemudahan internet yang
ada di kampus atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan
hiburan semata-mata. Pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan media sosial amat sesuai dengan paradigma konstruktif
(Khairul Nizam Mohd Khalid. 2012). Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah
fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan
pelajar. Maka tidak boleh disangkal lagi penggunaan media sosial adalah salah
satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding
dengan pendekatan konvensional yang lazim digunakan.
Aplikasi Facebook
Sebagai Medium Perbincangan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Menurut Caroline dan Terri (2009) terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook
sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook dilengkapi dengan:
i.
Papan buletin,
ii.
Pemesejan segera,
iii.
E-mel,
iv.
Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar,
v.
Kebolehan
untuk menyiarkan maklumat
dan bekerjasama dalam
lingkungan sistem seperti acara, aplikasi, kewujudan kumpulan ‘
groups’ dan tanya soalan.
Jesteru dengan
ciri-ciri yang unik ini serta penggunaan yang semakin meluas di kalangan para
pelajar masa kini, sewajarnya ianya dimanfaatkan oleh guru-guru sebagai medium
atau alat untuk menjadikan p&p lebih
menarik dan berkesan. Para guru boleh menjadikan media sosial seperti facebook
ini sebagai satu medium perbincangan di antara
pelajar dengan dengan guru dan di antara pelajar dengan pelajar-pelajar
yang lain. Sebelum ini, semasa sesi pengajaran kita sering
kali menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan. Namun begitu,
perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang
berkesan sesama pelajar tidak berlaku. Oleh itu, sebagai guru yang
kreatif, sebagai kita sepatutnya menggunakan peluang perkembangan ICT,
iaitu laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi kegilaan
remaja dewasa ini untuk memperbaiki kaedah perbincangan secara kumpulan (Rossafri
Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff, 2011).
Menurut
Caroline dan Terri (2009), amat penting bagi guru untuk memperkenalkan
rangkaian sosial kepada pelajar. Sebagai
tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk membuka akaun Facebook dan
Twitter sendiri kemudian menjadi kawan kepada kumpulan yang guru bina untuk
para pelajar. Dengan membina peralatan dalam struktur social Facebook atau
Twitter akan mengalakkan lebih banyak interaksi antara guru dengan pelajar.
Kemudian ,guru boleh memuat naik tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar ke
dalam laman sosial tersebut. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklum balas
tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah
serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi
dalam seseuatu tajuk yang telah dibincangkan dalam kelas terus menerus dari
gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama. Misalnya, guru memuat
naik sebuah video mengenai amalan ajaran
sesat dan meminta pelajar secara
berkumpulan untuk memberi ulasan atau
pandangan tentang punca-punca berlakunya ajaran sesat. Pelajar juga dikehendaki
memberi komen terhadap pandangan atau pendapat pelajar-pelajar lain. Dengan wujudnya kaedah seperti ini secara tidak langsung dapat merangsang
pelajar yang pasif dan sukar untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam
kelas. Mereka akan mudah terangsang dan teruja untuk memberi idea dan pandangan
sekiranya ada dalam kalangan rakan-rakan mereka memberi komen mengenai sesuatu
isu yang telah dibangkitkan oleh guru, bahkan akan berlumba-lumba memberi komen
tanpa terikat dengan kekangan masa sekiranya perbincangan sedemikian berlaku
dalam kelas pada waktu masa yang ditetapkan.
Selain itu
juga, guru boleh menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna kepada
pelajar, secara pantas maklumat tersebut diterima oleh pelajar. Dengan ini,
dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial
serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka. Oleh itu,
penggunaan laman sosial dalam pembelajaran Pendidikan Islam akan menjadikan P&P lebih bermakna dan
menyeronokkan. Tambahan pula, selaras dengan perkembangan ICT bagi
membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan kebebasan pelajar
mereka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan proses
penambahan dan percambahan ilmu pengetahuan.
Implikasi Media Sosial Terhadap Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam
Perkembangan
teknologi Internet ini telah mengubah model pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada (Kuang-Wu, 2000). Pelajar
tidak lagi hanya menerima maklumat daripada guru dan buku teks sahaja, malah
boleh membuat pelbagai pilihan sumber
melalui Internet. Perolehan maklumat
menerusi dunia maya sebegini boleh disifatkan sebagai kedai buku yang
terbesar sehingga Ghandi (2001), mengkategorikannya sebagai perpustakaan maya.
Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan
kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil
daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan
pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan
yang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang
dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama para
penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran
aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi,
produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. al, 2009).
Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna
apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menurut
Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial menyediakan pelajar
dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi
melalui amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan
alatan rangkaian sosial mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencari
maklumat, mengumpul bahan mereka sendiri, berkomunikasi, membina makna, dan
menilai hasil akhir. Pelajar dengan
amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif.
Jelas menunjukkan media sosial memberi
impak yang penting dalam terhadap proses pembelajaran. Jesteru ianya haruslah dimanfaatkan
oleh semua pihak terutamanya oleh
pendidik supaya menggalakkan
pelajar-pelajar mereka memanfaatkan media sosial bagi tujuan
pembelajaran. Perkara ini ditegaskan oleh Cox ( 1997 ) penggunaan ICT yang
merentasi kurikulum secara berterusan
akan dapat meningkatkan motivasi pelajar.
Pendidikan bukanlah sekadar menjadikan murid
pandai membaca, tetapi untuk membolehkannya berfikir secara rasional, pandai
mencari ilmu dan pandai membawa diri. Untuk mencapai objektif ini kaedah
pengajaran dan pembelajaran mestilah bersifat inovatif dan berkesan bagi
menghadapi murid dalam era digital ini. Dalam Pendidikan Islam, guru mestilah
bijak menggunakan multimedia untuk menghadapi murid yang ‘bijak digital’
ini. Guru mestilah berupaya menggabungkan teknik pengajaran dan multimedia
supaya subjek ini menjadi lebih menarik dan kompetitif (Khairul Nizam Mohd
Khalid, 2012). Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi era
teknologi ini secara dasarnya didapati mampu meningkatkan keupayaan dan
penguasaan prestasi akademik pelajar serta mampu bertindak sebagai medium agen
memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang pada dahulunya dilabelkan sebagai suasana yang membosankan.
Secara kesimpulanya, Guru atau pensyarah harus mengambil iniasitif dan peluang
kecanggihan teknologi yang sedang dinikmati masyarakat dunia hari ini dengan
berusaha mengabungjalinkan diantara kaedah tradisional dan kaedah kontempori
bagi menghasilkan kualiti P&P yang baik, berteknologi, inovatif, kreatif
dan lebik berkesan.
Penutup
Penggunaan teknologi sememangnya memberi implikasi sosial
yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus
akan menyumbang kepada kelancaran dalam pendidikan yang melibatkan semua subjek termasuklah
bidang Pendidikan Islam. Dengan
positifnya perkembangan internet ketika ini maka penggunaan internet merupakan
salah satu kaedah dalam proses pembelajaran yang sangat penting, ini kerana ia
dapat membantu menjana pelajar
berfikiran minda yang lebih kritis dan
inovatif selaras dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini.
Rujukan
Al-Qur’an Al-Karim
Abd Hadi Borham. 2012. Islam dan Teknologi
Maklumat. Dlm Muhammad Faisal Ashaari & Rosmawati Mohamad Rasit
(pnyt.) Ust Google Dakwah Menerusi
Internet. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abd. Halim Tamuri & Zaradi Sudin. 2006. Peranan
Guru Pendidikan Islam Dari Literasi Komputer Ke Kompetensi Teknologi. Wacana
Pendidikan Islam Siri 5. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia
Abd Ghani dan Norhashimi. 1997. Sekolah
bestari dari perspektif Islam dan perisianmultimedia dalam pengajaran
pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam SeminarKebangsaan Teknologi Maklumat
dalam Pendidikan Islam. Anjuran maktab perguruan
Islam Bangi dan jabatan kemajuan Islam Malaysia.
Abdul Razak Abdul
Mutalib &Ezry Fahmy Eddy Yusuf 2009, Media massa dan seranganpemikiran.
Kertas kerja dibentangkan di National seminar 2009: Media & Islamic
Thinking(MIST09): Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.
Abu Hassan
Hasbullah. 2008. Kuasa Media Baru menggempur perubahan bentuk kandungan
ekoposial di Asia Tenggara- satu pembacaan future studies. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Volume 10, No 1
Becker, H.J. 1991. How computer are used
in United State Schools. Basic data from the 1989 1-E-A. Computer in education
survey. Journal at Educational Computing research. Vol. 7 (4),
385-406.
Batchelder, C. W. (2010). Social
software: Participants’ experience using social networking for learning
(Doctoral dissertation, Capella University, 2010). ProQuest. (UMI No. 3398679).
Caroline Lego Muñoz &
Terri L Towner.
2009. Opening Facebook: How
to Use Facebook in
the College Classroom. http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf [ 10 Julai
2012]
Cox, M. 1997. The effect of information
technology on student motivation. Final Report . NCET.
Descy, D.E. All abroad the Internet
dalam Journal TechTrends. Vol 26 No 5 m.s 3-5
Ghandi, Subash. 2001. E-Book – The
future of reading and ultimate book
publishing, Journal Educational Technology System, Vol 29 (1) 49-66
Ibnu Khaldun. (2000). Muqaddimah Ibnu Khaldun (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Khairul Nizam Mohd
Khalid. 2012. Tarikan Laman Web dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan
Islam (SEAPPI2012).Skudai.: Universiti teknologi Malaysia
Kuang-Wu, Lee. 2000 . English teacher
barriers to the use of computer-assisted language learning, The Internet TESL, Journal.
Vol VI No 12.
Latifah Sidek, Akmariah Mamat,Noraziah Mhd Yusuf & Ab.Halim
Tamuri.2010.ICT DalamPengajaran dan Pembelajaran (P&P) Guru-Guru
Pendidikan Islam(GPT).1st InternationalConference on Islamic Education
(ICIED 2010) .hlm 324-333.
Levinson, P. 2009. New New Media. (Edisi Antarabangsa). New
York: Pearson.
Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran .
Edisi E-Book. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haron Husaini, Mohamad Rofian
Ismail , Mohammad Imran Ahmad, Ghazali Zainuddin & Normah Husin. 2010. Persepsi Pelajar Terhadap Pengintegrasian Kemahiran
Bahasa Arab Dengan Multimedia. Proceedings Of Regional Conference On
Knowledge. 1st - 2nd Jun 2010.,
Palm Garden Hotel, IOI Resorts Selangor
.
Md Yusuff Daud,Mazalah, Ahmad,Maimun Aqsha Lubis.2006.Penggunaan
Internet Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.Prosiding
wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Hotel Vistana, Pulau Pinang 5-6 Ogos
2006.UKM.hlm131-135.
Musa Muhamad. 2001.
Teknologi: Gunakan Kemudahan Sebaik Mungkin. Utusan Malaysia 28/6/2001.
Nelson, J., Christopher, A., & Clif, M. (2009). TPACK and Web 2.0:Transformation of
Teaching and Learning. TechTrends,
September/October 2009, 53(5), 80, pangkalan data Proquest.
Norkumala Awang. 2009. Dakwah dan
Teknologi Teras Pembangunan Jiwa Ummah. Artikel dalam laman web IKIM (http://www.ikim.gov.my /v5/index. ( diakses pada 20 Jun 2012
)
Norizan
Abdul Razak, Z Amir, Mahamood Ismail, Suhaidi Hasan. 2010. The impact of
wireless technology among Malaysia society. Proceeding of the 9th WSEAS international conference on Electronics
hardware, wireless and optical communication. Hlm 54-59
NurAzween
Zakaria & Nidzam Sulaiman. 2008.Media Alternatif Sebagai Agen Perluasan
Ruang Bersuara Kajian Kes Pilihan Raya Umum Ke-12. Prosiding Seminar Politik Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA) Universiti Teknologi MARA.
Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan
Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32: 139-152.
Rossafri Mohamad & Shabariah Binti
Mohamad Shariff .2011. Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah
Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia, Jilid 1. Universiti Sains Malaysia.
Sidek Ab Aziz. 2009.Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan pembelajaran: Satu Pengenalan.Reka
Bentuk Pembangunan,Aplikasi dan Penilaian system pengurusan pembelajaran,
pp 1-17.UPM: Serdang.
Shaikh
Mohd Saifudeen. 2002. Tekno-daie: Perspektif baru di lapangan dakwah. Kertas
kerja Seminar Berdakwah Menerusi ICT- Perspekrif Dakwah Dalam Era ICT: Peluang
dan Cabaran. Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Negeri Melaka. 10 September 2002.
Siti Ezaleila
Mustafa & Azizah Hamzah. 2010. Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman
Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian
Media Malaysia 12(2) :
37–52.
Tajul
Ariffin Bin Nordin .1993. Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tajul Ariffin
Noordin. 1993. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Umar Halim &
Samsudin A. Rahim. 2011. Penglibatan Digital: Akses Dan Penggunaan E-Agama
Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim . Jurnal Komunikasi Malaysian 27(2):
121-135.
V.Pang, Y.K Yap dan
Y.M Tan. 1992. Buku Sumber Komputer
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :
Siri Pendidikan Longman.
Wan Zah Wan Ali.
2009. Syarat Pelaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
di Sekolah Bestari di Malaysia dalam Habsah Ismail, Mohd Hazwan MohdPuad,
Shaffe Mohd Duad & Sharifah Md Nor (pnyt). Pengajaran dan Pembelajaran
daripada Pelbagai Persektif. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.
http://www.socialbakers.com/facebook-statistics/(diakses
pada 21 Jun 2012 )
No comments:
Post a Comment