Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium
Perbincangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Islam
Abdul
Jamir Md Saad
Ab. Halim Tamuri
Mohd Alif Nawi
Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohammad
Shiham Mahfuz
Kolej
Mara Banting, Selangor
Abstrak
Penggunaan Media
sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan
hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies
(ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat
penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
prestasi. Oleh itu, ianya harus
dimanfaatkan bagi semua pendidik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) khususnya dalam mempelbagaikan kaedah P&P dan menjadikan P&P
yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam
kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa
sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk
mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun demikian, perbincangan
sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama
pelajar tidak berlaku. Jesteru pengkaji ingin menghuraikan tentang Penggunaan media sosial sebagai
medium perbincangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan IslamPendekatan
ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam aktiviti dengan secara
aktif serta membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan
kolaboratif semasa menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang sesuatu
perkara. Di samping itu juga motivasi
pelajar terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara tidak
langsung melalui penggunaan laman
sosial. Justeru itu, pembelajaran yang berkesan akan berlaku disamping dapat meningkatkan lagi minat dan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Kata kunci : Media
Sosial, Pendidikan Islam, Kaedah Perbincangan, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
& Pembelajaran Berkesan.