Web Menarik

Saturday, May 5, 2018






ISLAMISASI FALSAFAH KLASIK SEALIRAN FALSAFAH MODEN YANG MENJELMA DALAM BENTUK IDEOLOGI
oleh

Mohammad Shiham Bin Mahfuz
No Matrik PIC173007

Abstract

Ilmu islam amat luas dan dasar prinsip sesuatu itu berdasarkan quran dan hadit nabi Muhammad (S.A.W). Selagi mana manusia berpegang kepada ajaran islam, maka susah untuk digoyahkan dengan apa-apa dakyah yang menyelinap masuk ke dalam espitimologi ilmu islam. Dengan adanya penghuraian yang tepat memenuhi kehendak syara’, maka adalah amat susah sesuatu anasir itu untuk mengganggu gugatnya walaupun dimana jua muslim itu berada. Falsafah islam mestilah ditunjangkan mengikut acuan yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah. Falsafah islam mengikut wahyu, manakala falsafah barat adalah ideology yang boleh dipertikaikan satu persatu. Ideology yang tidak berlandaskan ilmu islam adalah sesat
Kata kunci: falsafah Islam Ideologi sesat  dan barat

 University Teknologi Malaysia



 




 

1.0 PENDAHULUAN


Islam mempunyai prinsip yang tersendiri malah setiap ketetapan atau sesuatu perkara itu bergantung dengan  hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Islam bukan sekadar mengetahui sendi utama agama Islam yang berasas rukun Islam, Iman dan asas peribadatan semata-mata. Fardhu yang bertitik tolak dari kaedah usul “ Mala yatim Al wajib Illa Bihi fahua wajib” (Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan melalui perkara itu, maka hukum pekara itu juga adalah wajib) telah menyebabkan ramai ulama’ Islam menggariskan pula beberapa perkara yang wajib dipelajari oleh ‘segelintir’ umat Islam yang berakal dan berkemampuan. Antaranya;
        I.            Ilmu Fiqh dan pemahaman dalil qatie dan dalil dzanni untuk memudahkan masyarakat merujuk kepadanya hal ehwal fiqh.

      II.            Ilmu usul Tafsir, bahasa Arab yang fasih yang terdiri dari ilmu nahwu dan sorof dan Ilmu ulum Hadis keseluruhannya. Golongan ini akan memudahkan golongan fiqh  memahami dan instibat hukum dan pendapat.

    III.            Ilmu Aqidah dan Ilmu kalam yang meliputi keseluruhan aspek ketuhanan dan perbahasan ayat hokum tuhan serta ikhtilaf yang tiada dalam dalil yang Qatie. Ini memudahkan masyarakat menyelesaikan permasalahan pecah belah akibat kedangkalan aqidah.

• Ilmu falsafah kuno dan falsafah Islam yang terseleweng dalam usaha memahamkan masyarakat erti ideologi moden dan kesesatannya.
Oleh yang demikian penjelasan terhadap sesuatu perkara itu menjadi keutamaan apabila timbulnya fahaman yang bercanggah dengan Islam.   
Sehubungan itu, suatu keterangan yang membuka mata segelintir masyarakat yang berintelek tinggi perlu diadakan. Usaha memahami dan memerangi kesesatan ideologi moden melalui pemahaman asal usul ideologi tersebut serta mengetahui sejarahnya yang asal secara terperinci boleh menyembuhkan  masyarakat islam . Kekangan bagi usaha ini adalah sikap sesetengah pendakwah dan ahli ilmu:
        i.            Malas berfikir atau terus menutup buku dan kitab selepas keluar dari alam kampus.
      ii.            Menganggap cukup sekadar mengetahui asas ideologi dan kesesatan aqidah setakat paras pemikiran awam kerana dianggap tiada berguna untuk diteliti asal usul dan ikhtilaf yang berlaku sepanjang persejarahan ideologi, aqidah dan jalur-jalir pemikiran yang wujud.
    iii.            Menganggap pengetahuan ini terlalu elitisme dan tidak jejak di bumi yang nyata. Menganggap pemikir ilmu begini sebagai tidak memasyarakatkan diri dan sebagainya.

Sikap simplistik, pesimis dan jemu dengan keilmuan sebegini telah lama merugikan ummah lantaran yang beranggapan begini pula adalah golongan intelektual yang berkemahiran dan berkemampuan untuk berfikir demi ummahnya.
Oleh itu pengetahuan dan pemahaman tentang penjelmaan semula perlu difahami dan di kaji bagi mengelakan fahaman yang bertentangan dengan falsafah Islam perlu dihindari . Dengan cara ini satu  galakan kepada golongan cerdik pandai untuk mengaitkan kesesatan falsafah silam dnegan kemunculan ideologi moden yag menggugat aqidah umat Islam pada masa kini
Perkataan aqidah ilhad di atas adalah merangkumi kesemua kesesatan aqidah yang terpecah dari aliran Ahli sunnah wal jamaah. Ideologi moden kini telah menjadi salah satu cabang rangkaian aqidah ilhad zaman silam dan mengancam kemurnian pegangan umat Islam hari ini.

1.1   PEMBANGUNAN INSAN SEBELUM PEMBANGUNAN TAMADUN


Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Tumpuan diberikan pada bagaimana melahirkan pemimpin yang bukan hanya berkemampuan tetapi juga bertanggungjawab, beramanah dan bertaqwa. Menyedari hal ini, kepada para pegawainya Sayidina Umar berpesan (Ibn Taymiyyah 1988): “Ingatlah, aku tidak melantik kalian agar kamu menjadi penguasa kuku besi ke atas rakyat. Aku mengutus kalian sebagai pemimpin agar rakyat dapat mencontohi kalian. Berikanlah kepada mereka segala hak mereka…” “Ini adalah perintah daripada Ali kepada Malik b. Ashtar ketika dilantik sebagai pemerintah di Mesir, supaya mengumpulkan zakatnya, menjamin kesejahteraan dan menguruskan tanahnya. Dia memerintahkannya supaya takut kepada Allah… engkau harus sentiasa merujuk kepada amalan menghukum dengan adil, tradisi yang mulia, dan contoh daripada Rasulullah saw atau ketetapan daripada al-Qur’an dan ikuti contoh kami bagaimana mengamalkannya… sesungguhnya kita akan kembali kepadaNya….”
Konsep pembangunan modal insan yang dicanangkan oleh pemikir-pemikir Barat tidak dapat diterima oleh Muslim kerana ia bertentangan dengan pandangan alam Islam. Terdapat kekeliruan yang asas dalam konsep manusia yang dipegang oleh para pemikir Barat. Dalam Islam, manusia tidak hanya dilihat daripada sudut kebendaan dan ekonomi semata– mata tetapi sebagai makhluk Allah yang dianugerahkan roh dan akal. Makhluk ini juga bertanggungjawab kepada Allah sebagai Pemilik, Penguasa dan Pentadbir sebenar.
Pembangunan insan yang seutuhnya meliputi pembangunan fizikal, rohani dan intelektual. Pembangunan insan yang menyeluruh ini tidak menekankan kebendaan sehingga tercipta manusia yang maju dari segi kebendaan tetapi rosak dari segi rohani atau pemikiran. Ini kerana pada hakikatnya manusia rosak seperti ini tidak akan memberi sumbangan yang baik kepada negara dan bangsa. Konsep ‘Umran Bashari (pembangunan manusia) seperti yang diutarakan oleh Ibn Khaldun (2004) menekankan pembangunan yang menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang. Ibn Khaldun juga membezakan antara pembangunan yang berdasarkan akal semata-mata dengan pembangunan yang berdasarkan agama. Pembangunan yang berdasarkan akal sahaja katanya hanya membawa kepada manfaat di dunia sahaja tetapi pembangunan yang berdasarkan agama, manfaatnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Baginya politik dan pemerintahan yang bersandarkan pada petunjuk agama adalah yang terbaik.
Setelah berhasil membina individu unggul, individu ini kemudiannya mempunyai persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam. Pada zaman al-Khulafa al-Rashidun, para Khalifah tidak hanya menumpukan kepada perluasan daerah Dar al-Islam, tetapi juga membina negara / khilafah yang kukuh dan makmur. Untuk merealisasikan hal ini Sayidina Umar telah melaksanakan beberapa agenda penting pembangunan negara. Bahkan beliau tidak segan-segan mengambil sistem yang datang dari luar seperti Dewan Farsi. Agenda pembangunan beliau ketika itu adalah antara lain (Syed Omar Syed Agil 1998):
        i.            reformasi dan pembangunan sistem pentadbiran negara,
      ii.            reformasi dan pembangunan dalam sistem ekonomi,
    iii.            pembangunan sektor pertanian,
    iv.            reformasi dan pembangunan sistem politik,
      v.            reformasi dalam ketenteraan, dan
    vi.            reformasi dan pembangunan sistem pendidikan.

2.0  SEJARAH ALIRAN AQIDAH YANG TERPISAH PADA ZAMAN SILAM.


Hubungan aqidah dengan falsafah yang perlu dibincangkan mengikut hearearki yang berasal dari  aliran falsafah Yunani kuno juga telah menjelajah masuk ke dalam ruang epistemologi-ontologi Islam.
 J.A Niels Mulder menuturkan bahawa epistemologi adalah cabang falsafah yang mempelajari tentang watak, batas-batas dan berlakunya dari ilmu pengetahuan. Sedangkan Jacques Veuger berpendapat bahwa epistemologi adalah pengetahuan tentang pengetahuan serta pengetahuan yang kita miliki tentang pengetahuan orang lain. Dengan begitu dapat disimpulkan bahwa epistemologi adalah bagian dari falsafat yang membicarakan tentang terjadinya pengetahuan, sumber pengetahuan, asal mula pengetahuan, batas-batas, sifat, metode, dan keshahihan pengetahuan. Jadi objek material dari epistemologi adalah pengetahuan dan objek formalnya adalah hakikat pengetahuan. Abbas Hammami Mintarejo, memberikan pendapat bahwa epistemologi adalah bagian filsafat atau cabang filsafat yang membicarakan tentang terjadinya pengetahuan dan mengadakan penilaian atau pembenaran dari pengetahuan yang telah terjadi. (Mohammad Adib 2010)
Apabila berlaku perpecahan umat Islam pada era pemerintahan Saidina Ali, melalui perpecahan politik ditambahi dnegan jarum halus para yahudi munafiq, maka bermulalah aliran Syiah dan Khawarij. Perpecahan politik telah memecahbelahkan ukhuwah dan persaudaraan mereka dan menimbulkan semangat taasub yang lama. Akibatnya penelitian dalil tidak lagi holistik sebaliknya hanya diterima dalil dari puak mereka sahaja. Inilah asas pembentukkan firqah aqidah yang terawal sekali.

Pada era kebangkitan Abbasiyyah umat Islam mula menerima pula influensi dan transaksi ilmu Yunani besar-besaran ke dalam dunia Arab. Dengan adanya empayar Umayyah di Andalus juga telah menyemarakkan lagi Empayar Abbasiyyah untuk menghasilkan teknologi dan kemajuan melalui manipulasi ilmu falsafah dan sains Yunani, India, rom dan Mesir kuno.
Influensi dan kebanjiran idea falsafah begini juga telah menyemarakkan sikap dielektik dan I’tiradh (pertikaian) dalam aspek aqidah dan bermulalah aqidah ala falsafah yang didokongi oleh beberapa pemikir dan sainstis Islam. Lihat kenyataan Prof. Yusuf Al qaradhawi;
 “para ahli falsafah al Mashaai’yyin ( seperti Al Kindi, Ibnu Sina, Al Razi dll) antaranya adalah tumpuan perhatian mereka yang terbesar ialah menyelaraskan ajaran falsafah yang mereka kagumi dengan agama yang mereka warisi. Akan tetapi mereka menjadikan falsafah sebagai yang usul dan agama pula sebagai furu’. Dan mereka menganggap pendapat atristotle itu yang mereka membuat keputusan dengannya dan membuat sandaran dengannya dan firman Allah dan sabda rasulullah yang mulia adalah pengikut kepada pendapat Aristotle itu, sekiranya keduanya selari dengan pebdapat Aristotle, maka ianya amat baik, jika tidak maka haruslah ditakwil keduanya samada dekat dengan maknanya atau jauh
Tambahan lagi apa yang telah didakwa oleh Dr. Yusof Qardawi :-
 د.يوسف القرضاوي [مستأنفاً]: وألَّف كتاب من أعظم ما أُلف في الفقه المقارن، اسمه "بداية المجتهد ونهاية المقتصد" فهو.. كيف نقول عن واحد عاش قاضياً شرعياً يحكم بالشرع وألَّف أعظم كتاب في الفقه نقول..! إنما هو حاول إنه، يعني، يقرب الفلسفة من الدين، يعني حاول هذا وحاول يرد على الغزالي، الغزالي ألَّف كتابه "تهافت الفلاسفة" وهو ألَّف كتاب"تهافت التهافت"، وفيه واحد ألَّف يعني كتاب "تهافت تهافت التهافت" رد على ابن رشد.[1]

Secara umumnya apakah objektif  kajian ahli falsafah sama ada dari Greek atau ulama’ Islam?:
a.       Falsafah teori iaitu seperti falsafah objektif seperti matematik, falsafah tabiiah seperti sains duniawi, dan ma ba’da tabi’ah iaitu metafizik ( teori ketuhanan dan ontologi)

b.      Falsafah amaliah yang bersifat praktis seperti ilmu akhlak dan etika.

c.       Falsafah pentadbiran seperti ilmu politik (siasah) dan pentadbiran organisasi.

Dalam meneliti ketiga juzuk ini mereka juga akan tersesat di sana sini jika tidak berhati-hati. Hal inilah yang mencederakan pegangan agama. Pendapat berani al Razi dan Ibnu Sina dalam hal teologi amat membimbnagkan ulama’ silam jika ianya mempengaruhi orang awam. Pendapat berani Ibnu Rushd tentang alam yang bersifat qadim juga amat merosakkan pegangan awam.

2.1 ZAMAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM DICORAKKANI DENGAN ZAMAN UMARA (PEMERINTAH) MENGHORMATI ULAMA (ILMUWAN).


Ibn Khaldun (1332-1406) hidup di era kejatuhan tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana kerajaan-kerajaan yang gagah perkasa tumbang satu persatu. Walaupun beliau telah dilantik menjadi perdana menteri dan orang besar ketika beliau berada di Andalusia dan Tunisia. Namun beliau sering juga diperalat oleh umara untuk kepentingan kekuasaan mereka. Hal ini sering berlaku pada masa itu kerana pada zaman itu telah berlaku perpecahan politik dan perebutan kekuasaan yang amat dahsyat sehingga pemerintah cuba melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada ditangan mereka.
Penghargaan terhadap ulama yang pada awal Islam benar-benar jujur dan ikhlas bertukar menjadi pemanfaatan para pemimpin (umara) terhadap kaum ilmuwan (ulama). Ibn Khaldun menyedari hal ini dan menolak beberapa kali untuk diperalat walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi tetapi tindakannya itu justeru mengundang kemurkaan sultan. Adalah sesuatu yang malang apabila Ibn Khaldun diburu oleh sultan Abu Abbas di Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 15-31 27 Tunisia kerana enggan menyertai kerajaan dan keluarganya dikenakan tahanan rumah. Ibn Khaldun terpaksa melarikan diri ke Mesir dan hanya setelah Ibn Khaldun menjadi Kadi Besar di Mesir, maka keluarganya diizinkan menyertainya akan tetapi malangnya keluarganya karam dalam pelayaran ke Iskandariyyah, Mesir. Adalah penting untuk kita lihat bahawa bibit-bibit zaman kejatuhan terpampang jelas apabila ulama dijadikan alat oleh penguasa untuk kepentingan politiknya. Pertikaian dalaman dan perpecahan mula berlaku setelah kekuasaan tidak lagi berada di tangan khalifah yang kuat. Kerajaan-kerajaan kecil, yang dinamakan dengan muluk al-tawaif atau taifa de reyes, terlalu lemah untuk melawan reconquesta Kristian. Mereka hanya mampu meminta belas kasihan Alfonso dengan membayar ufti yang justeru akan terus memperkuat kerajaan Kristian.
Permusuhan antara sesama umat Islam, menurut De Gayangos (1843) dan dirujuk oleh Thomson (2004), berlaku hanya kerana perbezaan aliran dan golongan: “terpecah belah satu sama lain, kaum Muslimin mulai mengukur diri mereka sebagai anggota dari bangsa-bangsa yang berbeza, dan semakin hari semakin sukar bagi mereka untuk bersatu padu dalam kepentingan bersama; dan sebab perpecahan di kalangan mereka ini, serta rasa saling bermusuhan di antara mereka, seiring dengan kepentingan kotor dan ambisi berlebih-lebihan dari beberapa orang raja mereka, orang-orang Kristian mampu menyerang kaum Muslimin secara total dan menundukkan mereka satu demi satu”. Sikap adil dijelmakan termasuk terhadap orang bukan Islam.
Andalusia adalah contoh bagaimana toleransi beragama telah dilaksanakan oleh umat Islam jauh sebelum konsep itu yang kini kononnya diperjuangkan oleh Barat. Ramai sejarawan, termasuk Gibbon, mengakui bahawa pada zaman Andalusia diperintah oleh orang Islam, orang-orang Kristian dan Yahudi hidup dalam kedamaian dan keamanan (Thomson & Muhammad Ata’ ur-Rahman 2004). Tetapi toleransi beragama yang dicontohkan oleh umat Islam ini tidak dihargai baik oleh orang-orang Yahudi mahupun Kristian. Proses kristenisasi secara paksa berlaku secara besar-besaran setelah Andalusia ditakluki Ferdinand III. Masjid Kordoba yang indah dan megah yang dibina oleh Abd al-Rahman alDakhil pada 788 ditukar menjadi gereja pada 1236 (Hitti 1970). Toleransi hancur setelah Andalus berada di tangan orang-orang Kristian. Sejarah mencatat bahawa pada abad ke-13 sahaja 3 juta orang Islam dan 2 juta orang Yahudi diusir dari Spanyol (Thomson & Muhammad Ata’ ur-Rahman 2004). Seramai 40 ribu orang Yahudi menerima converso. Bukan hanya kedamaian beragama hilang dari bumi Spanyol, cahaya ketamadunan dan keilmuan juga hilang dari bumi Andalusia.

3.0 MEMPELAJARI FALSAFAH UNTUK MENYANGGAH IDEOLOGI MODEN ADALAH USAHA PARA IMAM


Antara imam atau ulama’ yang cuba memahamkan ahli falsafah dan masyarakat kepada ajaran islam ialah Abu Hassan Al A’syaari, Imam Al Ghazali

Imam Al Ghazali pernah menyerang falsafah melampau yang ditaja oleh Al Kindi, Ibnu Rushd dan sebagainya melalui Kitabnya At Tahafut Al Filasifah selepas beberapa tahun menyendiri beruzlah mengkaji dan membaca beratus kitab Falsafah yang dialih bahasa ke bahasa Arab. Walaupun tanpa guru falsafah Imam Al Ghazali berjaya menguasai ilmu kalam dan ilmu falsafah barat, hasilnya ialah beliau berjaya menyerang idea palsu dan melampau melalui kajian beliau. Akan tetapi perlu diketahui, beliau bukan anti ilmu kalam (dielektik) atau anti penggunaan akal sebagai hujah dalam keilmuan. Beliau cuma tidak bersetuju jika perkara ghaibiyyat dan samiyyat yang perlu diterima secara mutlak itu dipersoal sewenangnya oleh para ilmuan. Beliau juga mengutamakan wahyu dan menggunakan akal untuk menguatkan hujah wahyu untuk kerelevanan syariat tertentu.
Imam Abu Hassan Al Asyaari yang pada awalnya mendokong fahaman Muktazilah yang mengutamakan akal kemudiannya mengubah haluan hidup kepada pejuang ahli Sunnah Wal Jamaah yang kuat. Beliau membina madrasah pemikiran yang wasatiyyah antara idea rasionalis dengan idea ahli Hadis. Beliau tidak bermudah-mudah mentafsir atau mentakwil. Beliau mentakwil untuk mengelak kesesatan fahaman masyarakat umum yang pada umumnya inginkan kejelasan makna pada dalil mutasyabihah. Sesuailah beliau yang memberi penjenamaan semula kepada pegangan ahli sunnah agar seiring dengan perbahasan era itu yang mula mahukan akal sebagai sandaran untuk digelar sebagai pejuang ahli sunnah.
Begitu juga hari ini apabila, fahaman liberal dan fahaman sekular yang membuak-buak tumbuh dan muncul. Para ulama’ aqidah yang faham tentang variasi ilmu Imam A’syaari yang seiring dengan pertumbuhan isu semasa zamannya perlu juga bertindak sedemikian. Segala kronologi, rantaian pertikaian sepanjang zaman yang dipelajari bukan untuk ditongsampahkan, bukan untuk dinilai secara rambang dengan mengatakan pengetahuan itu sebagai ketinggalan zaman, sebaliknya ianya menjadi titik tolak kepada kemahiran berdakwah hari ini apabila pendakwah itu tahu meyelesaikan permasalahan kontemporari mengikut tradisi ulama’ terdahulu. Inilah kepentingan ilmu-ilmu Islam.
Seperti yang disepakati oleh beerapa ulama’ aqidah dunia. Dr Said Ramadhan al Buti berkata;
“ hanya Imu Kalam itulah ilmu yang memepertahankan aqidah Islam dengan hujah aqliyah di dalam menentang pembawa-pembawa syubhat dan kesesatan walau siapa pun mereka itu”.
Jelasnya ilmu kalam bukan tujuan aqidah tetapi adalah alat mempertahankan aqidah. Tiada salahnya mempelajarinya. Jika bidaah, mengapa dibenarkan ilmu critical thinking (warisan aristotle) diguna pakai dalam kampus-kampus pengajian? Bidaahnya hanya apabila ilmu ini mendominasi dan menghapuskan teras aqidah. Pendakwah seperti Ahmad Deedat (Almarhum) dan Harun Yahya juga menggunakan elemen aqliyah dan dielektik hujah cara ilmu kalam tradisi untuk berdakwah. Menggunakan sains dalam penulisan aqidah itulah dianggap menggunakan falsafah dan ilmu kalam dalam membela aqidah Islam. Bukankah itu tindakan yang kreatif dan sesuai?`

4.0 PERBEZAAN FALSAFAH KLASIK DENGAN ALIRAN FALSAFAH MODEN YANG MENJELMA DALAM BENTUK IDEOLOGI.


Untuk memahami institusi ideologi moden yang berbeza dengan tradisi falsafah silam, maka maksud ideologi atau falsafah moden daripada Encyclopaedia Britanicca;
         i.            It contents an explanatory theory of amore or less comprehensive kind about human experience and the external world.
       ii.            It it sets out a program, in generalized and and abstract terms, of social and political organization.
      iii.            it conceives the realization of this program as entailing a struggle.
     iv.            It seeks not merely to persuade but to recruit loyal adherents, demanding what it sometimes called commitment.

Jelas ideologi moden bukan lagi berbincang perkara metafizik. Sekular moden tidak lagi berminat dengan metafizik untuk mencari hakikat ketuhanan.
Terdapat  jenis 4 falsafah Ilmu Falasafah  telah melahirkan  beberapa aliran fahaman mazhab:-
        i.            Idelisme
      ii.            Realisme
    iii.            Pragmatism
    iv.            Eksitensialisme
IdeIdealismem & Realism  adalah fahaman yang berkembang di barat dan juga fahaman ini bertentangan antara satu sama lain. Falsafah ini boleh dikatogori Falsafah Kalisk / Tradisional  sepertimana yang bawa Stone & Schincer. Manakala falsafah Pragmatisme  membincangkan pemikiran baru  dalam falsafah barat dan Eksistensialisme yang muncul dibarat selepas perang Dunia Pertama. Falsafah Eksistensialisme telah membincangkan eksperimentalisme, fungsionalisme, empirisisme dan instrmentalisme. Menurut  Stone & Schincer (1976)  Materialisme dan naturelisme adalah berasal dari  falsafah tradisional
Falasah moden ini tidak membincangkan lagi tentang ketuhanan. Malah mereka ingin lari dari tuhan.Ideologi moden adalah kesinambungan kesesatan aqidah lama cuma diperluaskan genggamannya melalui penginstitusian secara terhormat. Contohnya kebangkitan ideologi komunis melalui Revolusi Bolshevik 1917 dan Mao Tze Thung 1949. Kebangkitan kapitalis melalui syarikat KHTI dan sebagainya pada era pengkolonian British. Kebangkitan nasionalis melalui dasar ‘nation state’ dan ‘devide and rules’ penjajah barat. Sekiranya dibuat tinjauan bagaimana patuhnya pengikut ideologi barat hari ini? Betapa inginnya mereka membina generasi yang lebih taksub kepada ideologi sesat ini yang diprogram oleh sekular dan pemusahan agama dengan kehidupan masyarakat atas nama program agama!!
Dengan demikian perlu atau tidak sebagai ummat Muhammad mempelajari asal usul ideologi ini dari akar umbi demi memusnahkan perancangannya yang kini menjerut tenggorok umat Islam sedunia. Malah masih ada yang memandang remeh aspek ini. Ukuran dengan menghukum ideology sahaja sebagai sesat tanpa diketahui aspek kesesatannya secara mendalam sudah dianggap memadai tanpa mengawal dan memebndung  fahaman ini dalam masyarakat.
Jika dahulu falsafah hanya mencederakan aqidah segelintir umat Islam yang terjebak sahaja dalam perbahasan tersebut, hari ini ideologi (neo-ilhad) telah mencederakan hampir keseluruhan aqidah umat Islam. Umat Islam menjadi malas dan pesemis dalam dakwah, tidak melihat juzuk kebangkitan dan dakwah secara holistik dan luas. Mereka tidak optimis dengan kemenangan Islam. Inilah bala bencana ideologi ilhad.

4.1 KECELARUAN ILMUAN KINI TANPA MENGAMBIL KIRA PANDANGAN ULAMA’SILAM

Senario yang berlaku di abad ini adalah lebih parah lagi, ummat islam kini dijelmakan pula dengan para ilmuan yang bergelar ustaz menggunakan dalil quran , hadith dan ideology  atau apa yang difahami tanpa segan silu menuduh ulama’ di alam Melayu tidak ilmiah mengeluarkan suatu hukum agama. Padangan seumpama ini adalah disebabkan terikut dengan tran kumpulan dakyah penjajahan “pecah perintah”. Oleh itu satu mekanisma baru perlu diwujudkan bagi membendung perkara ini daripada menular atau memecahbelahkan masyarakat Islam umumnya.

5. ASAS KELEMAHAN FALSAFAH DAN PEMIKIRAN BARAT YANG DIKATAKAN BERNILAI SAINTIFIK

Konsep falsafah adalah satu tradisi berfikir. Semua yang berakal akan memiliki sikap cintakan kebenaran sama ada yang ditaakul emperik (panca indera) atau melalui rasional (pemahaman melalui pemikiran). Akibatnya  terputus dengan panduan wahyu, kelihatannya falsafah daripada era Greek  hinggalah ke era abad ke -16 hingga ke-17 lebih bersifat deduktif( istiqraa’ an naqis) yang amat subjektif. Lantaran itu kita melihat metafizik mereka tiada asal usul, tergantung  dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Merujuk kepada CharlesDarwin bagaimana membina  tesisnya atau karyanya berkenaan asal usul kejadian makluk yang mengaitkan sifat persaingan  tumbuhan dan haiwan sebagai suatu hukum alam yang juga perlu dipatuhi oleh peradaban kemanusiaan. Tesis itu hari ini dinafikan melalui banyak kajian sains yang amat komprehensif dan objektif untuk diambil kira. Secara umumnya untuk difahami pemikiran falsafah barat  dalam bidang aksiologi( nilai dan etika) epistimologi ( pendidikan dan sumber ilmu) dan metafizik bersumberkan metod dan sumber ilmu yang zanni. Jauh sekali sekali berbeza dengan wahyu yang jelas pandangannya dengan falsafah.
Dalam memperkasakan Islamisasi Falsafah moden yang menyeleweng, kaedah dan method yang digariskan oleh ulama’ Islam perlu ikuti. Semua kecelaruan yang berlaku di dalam  Falsafah dapat ditapis dan dilestarikan bagi menjamin generasi yang akan datang.

6.0 PENUTUP


Quran dan Sunnah sebagai panduan kepada ummat Islam. Dengan adanya pegangan terhadap dua  pokok utama ini segala masalah dan ancaman boleh ditangkis. Proses Islamisasi dalam falsafah perlu di terapkan atau selari fahaman yang dibawa oleh Islam. Dakwah atau ilmu falsafah Islam perlu di tonjol dengan pelbagai fahaman yang senonim dengan falsafah Islam bagi membnetuk kefahaman Islam yang tulin. Usaha menangkis dakyah ideologi moden dan cangkupan praktikal dakwah perlu diperluaskan dengan segala cara yang ada. Seperimana yang kita fahami bahawa aqidah adalah pegangan hidup. Falsafah adalah alat untuk menguatkan keimanan dan aqidah tersebut. Falsafah yang sesat sahaja yang akan merosakkan aqidah. Sebaliknya jika pencarian ilmu (budaya falsafah) kena pada sumber yang tepat, maka ianya memangkin aqidah kita.
 Ideologi bermaksud fikrah atau suatu ‘school of thought’ yang merupakan suatu neo-aqidah. Ideologi moden kini adalah kesinambungan kepada falsafah sesat tajaan sekularis barat. Pemurnian aqidah umat Islam perlu bermula daripada pemahaman ideologi, sejarah asalnya, sejarah aqidah Islam, pertikaian dan perpecahan aqidah Islam dan ilmu sejarah ketamadunan Islam. Jika langkah ini tidak dilengkapi maka pemahaman strategi ideologi moden menyesatkan umat kurang dikenali dengan baik. Lihat kitab Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Al Quran dan as Sunnah, sumber rujukan tertinggi dalam Islam. Kitabnya, Salafiyyah adalah zaman yang diberkati bukannya mazhab dalam Islam.
Al Quran sebagai sumber falsafah manusia yang konsisten bukanlah bermakna Al Quran adalah kitab falsafah yang setaraf dengan buku-buku barat. Al Quran adalah sumber ilmu dan fakta kebenaran yang mutlak. Asas dan pengantar kehidupannya adalah jelas dan tuntas. Jika pencinta ilmu (pylos sofia) inginkan kebenaran melalui Al Quran mereka akan mengakui bahawa tradisi dan jawapan untuk para pencinta Ilmu ada di dalam Al Quran. Sepertimana firman Allah subnahuwataala bahawa
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ

 

RUJUKKAN



Al- Quran.
 Adib, Mohammad. 2010. Filsafat Ilmu: Ontologi, Efistemologi, Aksiologi dan Logika Ilmu Pengetahuan. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
De Gayangos, P. 1843. The History of Muhammedan Dynasties in Spain. Terj. London: The Oriental Translation Fund.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. 2004. Al-Muqaddimah. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Taymiyyah, Ahmad b. Abd al-Salam. 1988. Al-Siyasah al-Shar‘iyyah fi Islah al-Ra‘i wa al-Ra‘iyyah. Dlm. Abu Ya’la al-Quwaysani (pnyt.). al-Siyasah al-Shar’iyyah Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Jaffary Awang.2009. Islam Di Era Globalisasi, Fakulti Pengajian Islam, Ukm Bangi
Omar,Khalif.(2009) Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari Masa Lalu: Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 15-31 terbitan Ukm dan Jakim
Syed Omar Syed Agil. 1998. Umar b. al-Khattab: A Model for Leaders and Managers. Dlm. Syed Othman Alhabshi et al. (pnyt.). Islamic Management for Excellence. Kuala Lumpur: Inmind.
Thomson, Ahmad & Muhammad ‘Ata ur-Rahman. 2004. Islam di Andalusia: Sejarah Kebangkitan dan Keruntuhan. Terj. Indonesia. Jakarta: Gaya Media Pratama
Mohammed yusoff Hussain, Kepentingan Pengajian Falsafah dan Aqidah dalam menangani Masalah Pembangunan Ummah Abad Ke 21, Dlm Islam di era Gkobalsasi, Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi 2009.













































































ISLAMISASI FALSAFAH KLASIK SEALIRAN FALSAFAH MODEN YANG MENJELMA DALAM BENTUK IDEOLOGI
oleh
Mohammad Shiham Bin Mahfuz
No Matrik PIC173007
Pensyarah:
Dr. Azahar Bin Yaakob
University Teknologi Malaysia
2017



[1] قرأت هذا الكلام في موقع الجزيرة على الرابط:
http://www.aljazeera.net/portal/search.aspx?q=
الشريعة%20والحياة

Wednesday, July 18, 2012

Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium Perbincangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam


Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium Perbincangan   Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Abdul Jamir  Md Saad
Ab.  Halim  Tamuri
Mohd Alif Nawi
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohammad Shiham Mahfuz
Kolej Mara Banting, Selangor


Abstrak

Penggunaan Media sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi.  Oleh itu, ianya harus dimanfaatkan bagi semua pendidik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya dalam mempelbagaikan kaedah P&P dan menjadikan P&P yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun demikian, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama pelajar tidak berlaku. Jesteru pengkaji ingin menghuraikan  tentang Penggunaan media sosial sebagai medium perbincangan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan IslamPendekatan ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam aktiviti dengan secara aktif serta membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan kolaboratif semasa menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang sesuatu perkara. Di samping itu juga  motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara tidak langsung melalui penggunaan  laman sosial. Justeru itu, pembelajaran yang berkesan akan berlaku  disamping dapat meningkatkan lagi minat dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.


Kata kunci : Media Sosial, Pendidikan Islam, Kaedah Perbincangan, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) & Pembelajaran Berkesan.